Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

Thursday, July 30, 2015

BERAYA DI RUMAH AKI JAMAL

Para pesilat dari beberapa buah gelanggang Raub dan Bentong menziarahi Aki Jamal sempena hari raya yang lalu. Peluang diambil untuk saling bermaaf-maafan atas kesalahan lalu dan merapatkan kembali ukhwah sesama ahli perguruan..~ Add caption TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADI...

PEDOMAN

Perkara-perkara yang kita terlepas pandang dalam menziarah gelanggang lain. Minggu lepas ada pesilat sendeng datang berbuka dengan kami. Dalam menunggu waktu berbuka maka terpacul satu soalan dari mulut Aki " Apa cerita gelanggang si******* ni. menjemput. aku tidak. Padahal gelanggang itu tak jauh dari rumah Aki. " Ada, hidup lagi, nanti saya beritahu dia" Jawab seorang ni dengan penuh berhati-hati.. Maka terlintaslah saya segala rungutan Aki selama ini adalah merupakan panduan kita kalau nak menziarah gelanggang orang. eloklah kita jadikan...

Friday, July 10, 2015

GAYA TABIK DALAM SENDENG

Cerita orang lama matikan langkah pecah dengan tabik. Sudah lama saya tidak menulis entri dan bercerita di sini. Tambahan lagi bila bulan Ramadan Al mubarak ini lagilah tiada masa. Ada beberapa orang pesilat sendeng dari negeri lain bertanya saya kenapa orang-orang lama dulu ada yang mematikan pecah kuntau dengan tabik sebagaimana yang dilakukan oleh Tok Sidang dalam posting video tempoh hari. Ceritanya pada satu majlis keramaian yang...

Monday, June 15, 2015

CERITA RENCONG ACHEH LAMA

Rencong Acheh (Gambar hiasan) Cerita Rencong Acheh lama.., Kawan saya sudah lama berhajat untuk menunjukkan rencong acheh warisan keluarga beliau kepada saya namun asyik terlupa sahaja. namun, akhirnya bertemu jodoh juga. cantik sungguh matanya terdapat ayat-ayat quran yang pudar tercanting di kedua-dua belah matanya tapi timbul. Lama sungguh membeleknya dengan takjub. Selain daripada selawat dan bismillah pembuka kalam,. terdapat satu...

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pada 24 Mei yang lalu, pasangan pesilat Sendeng Haji Hamid,  Aiman bin Haji Mohd Anidin dan Muhammad Akif Bin Rafi telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Silat Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Negeri Pahang. Mereka sekaligus berjaya mewakili Negeri Pahang ke Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2015. Pertandingan peringkat kebangsaan berlangsung pada 7 hingga 11 Jun di Politeknik Merlimau, Melaka. Negeri Melaka...

Saturday, May 30, 2015

HAJI HAMZAH BIN HAJI HASSAN

Allahyarham Haji Hamzah Haji Hassan Allahyarham Haji Hamzah Tidak banyak yang diperkatakan tentang Allahyarham Haji Hamzah iaitu bapa kepada Allahyarham Haji Hamid,pengasas pertubuhan silat sendeng aliran Sungai Mati kita ni. Beliau mahir dalam kuntau Teluk Mas dan permainan senjata terutamanya pedang aliran Allahyarham Tok Haji Hasan. Beliau sering menunjukkan permainan pedang bersama-sama pasangan beliau Allahyarham Taman bin Dagang. Dalam...

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015

Kontinjen Pencak Silat Raub Pada 22-24 Mei 2015 yang lalu, seramai 33 orang pesilat Sendeng Haji Hamid dari Gelanggang SMK Seri Raub dan SK Raub Jaya telah mewakili Daerah Raub ke Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Negeri Pahang. Pertandingan berlangsung di SMK Jengka Pusat 2. Secara keseluruhannya pesilat telah melakukah persembahan yang memuaskan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Pada tahun ini Daerah...

Friday, May 29, 2015

PERIT SEORANG GURU

Gambar Hiasan Peritnya jadi seorang guru. Pagi ni ada insiden di kantin sekolah, bermula dengan teguran seorang ustazah keatas seorang pelajar lelaki pasal rambutnya yang sylo ala K Pop. Pelajar yang bemasalah pun menjawab ustazah tersebut dengan jawapan yang kurang sopan serta menunjukkan rasa tak puas hati. Kebetulan saya baru keluar dari kantin untuk mengambil soalan periksa bersama dengan seorang lagi rakan guru. Ustazah itu terus mengadu...

Monday, May 18, 2015

SILAT SEBAGAI WADAH PEMBINAAN ANAK MUDA SERBA LENGKAP

Gelanggang Sendeng Haji Hamid SMK Seri Raub Merentas zaman, silat sudah terbukti merupakan suatu disiplin ilmu yang cukup unggul. Semenjak zaman dahulu, silat memainkan peranan yang cukup penting. Di era Kesultanan Melayu Melaka, silat berperanan sebagai ilmu pertahanan dan tonggak kekuatan sesebuah negara. Oleh kerana itulah para pembesar ketika itu dipilih dari kalangan individu yang memiliki ilmu kependekaran yang tinggi. Demikian juga perihalnya...

Sunday, May 10, 2015

SEJARAH LANGKAH 13

Pagi sahabat gelanggang menunjukkan rakaman video sahabat kita dalam fb beliau membuat langkah 13. Tahniah! sebab menaikkan minat pesilat sendeng untuk belajar lagi. Langkah 13 adalah ilmu asas gaduh dan merupakan gabungan kuntau dan sendeng. Untuk kepastian saya pun bertanya pada Aki selepas sesi gelanggang tamat pada pukul 1.00 tengahari.( begitulah rutin mingguan kami). Saya tahu Arwah Haji Hamid turunkan langkah ni pada Aki dulu. " Abah, Arwah Haji Ismail ambil langkah 13 ni dengan Abah ke dulu?" " A, Ah, lepas tu semua turun ke Johor,...

Monday, May 4, 2015

HAJI HAMID NAIK ANGIN

Bila Haji Hamid Naik Angin Kisah ini diceritakan Aki kepada saya dan berkata saksi kepada kejadian ialah Tuan Haji Rosmaini. Mungkin Tuan Haji boleh bercerita lebih lanjut tentang perkara ini. Satu ketika dahulu, satu persatuan silat berhasrat untuk membuka gelanggang di kawasan Sungai Mati. Setelah mengenal pasti kawasan gelanggang, mereka pun bergotong royonglah membersihkan kawasan tersebut serta mendindingkan kawasan gelanggang tersebut dengan guni-guni gula yang dijahit panjang bagi menhalang penglihatan orang luar. Pada malam perasmian,...

Sunday, March 29, 2015

SILAT & MMA

SILAT OLAHRAGA Silat ni kalau masuk MMA boleh menang Ke? Itulah soalan yang selalu dilontarkan oleh orang-orang yang suka menyakat dalam mana-mana fb persatuan silat. Biasanya soalan-soalan itu tidak dibalas atau respon kalau ada pun biasanya dijawab dengan jawapan-jawapan yang banyak diselit dengan perasaan kecewa dan marah. Jangan marah..dan terus membalas dengan kenyataan-kenyataan yang kurang matang kerana jawapan itu mebolehkan orang...

DIDERAM HARIMAU BELANG

Gambar Hiasan Berburu bersama Allahyarham di deram dek Harimau di hutan Lebu Bentong. Aki dulu hobinya memburu, Perginya malam baliknya dua hari kemudian. paling tidaknya sehari semalam. Berburu aja bila baliknya dagingnya bagi kat orang kerana Wan tak tahu nak membuang maung daging dari makluk hutan yang telah dibuncas itu. Lama baru Wan baru tahu cara nak menhilangkan maung tu. kadang-kadang dapat landak, berebutlah kami ambil duri dia...

RENUNGAN

Pukulan 7 hari Punya payahnya untuk memahirkan diri dalam pukulan ini, Sampaikan Allahyarham Haji Hamid berkata: " Nak mahir pukul ni ibarat kena keluar segantang peluh, secupak darah." timbal-timballah kata-kata beliau itu bukan senang nak dapa...

Tuesday, February 17, 2015

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG SENI SILAT SENDENG HAJI HAMID RAUB

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kami dengan rendah hatinya ingin menjemput semua warga Sendeng untuk hadir ke majlis kami yang akan diadakan tidak lama lagi.  MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG SENI SILAT SENDENG HAJI HAMID DAERAH RAUBCAWANGAN ULU DONG Lokasi                  : Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub, PahangTarikh                ...

SILAT & SOLAT

Rumah Sewa Aki Saya suka dengar Aki bercerita. kisah ni pun saya terjadi masa saya kecil lagi. jadi ingat-ingat lupa. Masa dulu di rumah sewa beralamat KT 2 ketari Bentong tu, kalau ada orang datang, kami akan diarah masuk bilik. Orang tua bercakap budak-budak tak baik dengar. Saya masih ingat 2 orang Mat Salleh datang, tanya pasal Aki, Kebetulan Aki tak ada, jadi mereka memberitahu mereka akan datang sebelah malam nanti. Bila saya beritahu...

CERITA MURID TAK KENAL GURU 2

Lokasi : SMK Seri Bentong Masa : 9. 30 pagi Tarikh : Fui lama dah masa tu Aki pun tak sakit lagi saya baru habis belajar USMPeristiwa Latihan silat untuk Khatam Selepas saya menghantar Aki di dewan Sri Bentong, saya duduk menyandar kat tepi kereta saya sambil memerhati sesi latihan itu yang sedang berjalan. Tiba-tiba saya didatangi oleh seorang pakcik.. "Assalamualaikum" tegur beliau "Waalaikumsalam" jawab saya " Baguslah, budak budak sekarang masin minat lagi kesilat, Budak sekarang bukan lagi ke benda-benda macam gini" cerita beliau dengan...

BAJU OH BAJU

Di Klinik Bila aboh jumper loktor...baju oh baju...baru2 ni cikgu adelake TF...macam biasa tak pakai helmet..adehai jerla kan..dah beli barang keluarlah menghala ke moto...tetiba disapa satu suara.." ni pakai baju silat sendeng ni pandai bersilat ke" ujar suara tu..sedikit nada ajar kurang ..cikgu pon noleh..sikit2 bolehla kate cikgu atau hok lebih kurang jawabnya...rupanya ade la sorang laki..pertengahan umorlah jugak kate cikgu...pangkat pakcik...

Suasana Gelanggang SMK Mahmud Raub.

Gelanggang ini di bawah seliaan saudara Azuan. Gambar diambil ketika menyambut ketibaan guru Bahasa Inggeris dari luar negara.  Pasukan Gendang Silat Bersama Cikgu Sekolah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...