Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts

Monday, September 4, 2017

MESYUARAT AJK BILANGAN 1 (2017)

Mesyuarat AJK Seni Silat Sendeng Haji Hamid bilangan 1 (13 Ogos 2017). Alhamdulillah, walaupun diadakan secara santai namun telah berjaya membincangkan banyak perkara. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha kita semua.. Amin..~ AR









MAJLIS PERKAHWINAN SAUDARA JOHOR

Pada 26 Ogos yang lalu, Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid Pahang telah diundang ke Felda Chini 1 untuk meraikan pasangan mempelai yang juga merupakan saudara seperguruan kami di Johor. Alhamdulillah permainan kami disambut baik oleh penduduk di sana. Antara yang dipersembahkan ialah Tari Lela Sembah, Pecah Enam, Gelut Keris dan Kerambit, dan Tari Pedang. Selamat Pengantin Baru Ahli Keluarga Sendeng Haji Hamid Johor, Fad dan Isteri. Sama Cantik sama Padan bagai pinang di belah dua.














Monday, December 19, 2016

GRADING SILAT SENDENG HAJI HAMID SMK SERI RAUB

Pada Rabu 26 Oktober 2016 yang lalu, telah diadakan majlis grading peringkat sekolah di SMK Seri Raub. Majlis ini diadakan bagi menilai dan menguji tahap penguasaan pesilat-pesilat Sendeng Haji Hamid SMK Seri Raub sesi 2016 bimbingan Tuan Haji Muhammad Nasir bin Nahuri. Majlis ini turut dibantu oleh saudara Arifin Raub, saudara Mohamad Zuhairi, saudara Sofri Yusairi, saudari Fauziah dan beberapa orang lagi pesilat senior.Tahniah diucapkan buat semua yang berjaya lulus ujian pencapaian tahap 1 & 2. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis samada secara langsung atau tidak langsung. Anda memang terbaik!


























Thursday, July 30, 2015

BERAYA DI RUMAH AKI JAMAL

Para pesilat dari beberapa buah gelanggang Raub dan Bentong menziarahi Aki Jamal sempena hari raya yang lalu. Peluang diambil untuk saling bermaaf-maafan atas kesalahan lalu dan merapatkan kembali ukhwah sesama ahli perguruan..~


Add caption







TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...