Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Daripada kami warga Seni Silat Sendeng Haji Hamid Pahang

Majlis Khatam Dan Pentauliahan Pembantu Jurulatih

Majlis ini telah berjaya dilansungkan dengan jayanya. Penyatuan dan jemputan daripada Sendeng Muar, Melaka dan N. Sembilan bagi memeriahkan majlis

Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1434H

Majlis berbuka puasa dan tahlil ini diadakan di Rumah Aki, di bentong.

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kusus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Friday, August 22, 2014

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke-57

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-57
Di mana bumi dipijak,
Di situ langit dijunjung,

Sebagai warganegara Malaysia, ayuh kita zahirkan kesetiaan kita kepada negara ini. Kenanglah jasa para perwira kita, pejuang-pejuang masa silam, para pahlawan yang sanggup mengorbankan airmata, darah serta keringat. Segalanya bagi membebaskan tanah pusaka ini demi kita anak cucu mereka. Demi mewariskan tempat untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah Ta'ala. Kalau sedemikian besarnya jasa nenek moyang kita tidak dapat kita turuti, apalah kiranya kalau kita zahirkan rasa sayang kita kepada negara ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang nan bertuah itu pada rumah, kenderaan dan premis-premis perniagaan kita.

Warisilah jiwa pahlawan silam mempertahankan tanah ini demi anak cucu kita pula di kemudian hari.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57!

Mesyuarat Permuafakatan dan Majlis Ramah Mesra Sendeng Haji Hamid

Alhamdulillah setelah mengadakan mesyuarat ringkas malam tadi. Satu majlis permuafakatan akan di adakan seperti berikut.

Tarikh : 5. 9. 2014
Tempat : 73, Taman Melati,Bentong ( Rumah Aki )
Masa : 8.30 malam

Insya Allah wakil dari Temerloh, Kuantan dan Pekan akan hadir. Diminta wakil-wakil gelanggang Bentong dan Raub turut hadir. Banyak perkara akan dibentangkan dan juga dirangka. Akhirnya dah nampak tanda-tanda perpaduan kembali. Yang berkesempatan hadir amatlah dialu-alukan.
Terimakasih.

Saturday, August 16, 2014

Belia SILAT Belia SIHAT

Galakkanlah para pemuda dan remaja bersilat. Carilah guru yang diiktiraf tauliahnya dan pilihlah perguruan yang 'bersih' ilmunya. Insya Allah, beroleh manfaat.


Belia Silat Belia Sihat~! 




Peralatan dan Persiapan untuk Anak Sendeng Berlasak

At the end of day, this is what really matters: Fighting for your lives when everything is at stake.

Jadi untuk itu sediakan payung sebelum hujan. berlatih-berlatih dan berlatih tanpa jemu-jemu. Untuk mengelakkan diri dari tercedera semasa latihan, peralatan-peralatan ini sangat perlu. Beribu dah keluar dan masih belum cukup lagi. Tapi pesilat kena terus belajar. Keluar duit sendiri senang cerita. Kita tak dengan sesiapa ada duit, gelanggang bayar balik sikit-sikit.

 Hasrat saya tercapai..., bagi budak sendeng ilmu gaduh sebenar. Set Gendang cun pun dapat, dengan bantuan rakan yang ikhlas dapat dengan harga yang memang amat patut. Insya Allah kalau kita berniat yang betul, Allah permudahkan usaha kita. Terimakasih dauan keladi kepada semua yang membantu. Now, lets get down to business. he he kalau model itu tak mengancam sebab dia malu-malu sikit. Tapi dapatlah gambaran kasar persiapan kami.



Kelengkapan SFC

Peralatan baru sampai

Shin Guard, Head Gear, Groin Guard

Gloves

Full Dress

Model Terjun. hehe

Menyesuaikan diri

Berkenalan dengan Encik Nik Anwar Waedong

Bermula dari gambar beliau bersilat ditepi pantai. Akhirnya berkesempatan untuk berjumpa dan berkenalan dengan beliau Di Festival Silat Nusantara , Kelantan 2014. Seterus sudi singgah bersama-sama keluarga beliau dalam perjalanan beliau balik ke Kelantan. Terimakasih kerana sudi singgah dan bertukar-tukar pandangan mengenai silat serta sudi juga menunjuk beberapa langkah silat.

Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. InsyaAllah kalau kita berkelana dalam silat betul caranya, tunduk gayanya. kita akan dapat ramai kawan bukan ramai musuh. Siapakah beliau. selain daripada bersilat, beliau sohor juga di Kelantan bab mengukir nih, tapi orangnya peramah dan tidak lokek ilmu. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan kami.



Ketika di Kelantan

Bergambar bersama Encik Anwar Waedong dan anaknya

Perkongsian ilmu

Perkongsian ilmu

Aksi Tuan Anwar Waedong

Silat

Anwar Waedong dan anaknya

Monday, August 11, 2014

Kursus Pembantu Jurulatih

Ramai pesilat silap konsep tentang kursus ni, Ye betul, ia nak menyeragamkan pergerakkan. Tetapi ia lebih kepada mengajar mereka untuk mengajar.dengan berkonsepkan " tunjuk, hurai dan betul". Dikembangkan menjadi boleh tunjuk, boleh hurai dan boleh betulkan. Lebih kepada teknik-teknik mengajar. Kalau nak betulkan pergerakkan dibuat masa grading bukan masa kursus. kalau nak betul tu sikit-sikit saja sebab dari awal lagi guru sudah pun melihat pesilat itu dari segi komitmen dan pergerakan silatnya. Apatah lagi dari segi sahsiahnya.
Seorang pembantu jurulatih mesti datang awal ke gelanggang dan membuat perkara-perkara asas
Sebelum Kelas bermula
1. membersihkan gelanggang
2. mengambil kedatangan
3. mengutip yuran
4. Membuat latihan memanaskan badan serta regangan
Semasa kelas bermula
1. membantu jurulatih membuat gerakan-gerakan asas cth pelebat.
2. membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pesilat semasa sesi latihan asas atau tahap satu. Bukan perkara ini setiap sesi dilakukan?
3. Dapat mengendalikan kelas asas sekiranya disuruh oleh jurulatih. ini berlaku kalau kelas itu kelas bercampur atau ada pesilat yang baru masuk.
4. Bila buah baru dipelajari, mereka sama-sama belajar.
Selepas Kelas
1. Menutup gelanggang dan memadamkan lampu.
2. Menjalankan amanat yang diminta oleh guru atau jurulatih
3. mengumpul segala peralatan dan menyimpannya baik
4. melapurkan masalah pesilat dan gelanggang
5. Menyerahkan kutipan yuran kepada bendahari sekiranya ada.
Martabat dan pandangan umum pesilat lain dan masyarakat sudah terletak pada mereka. Kalau mereka sama-sama lepak sementara menantikan guru atau jurulatih, bermakna mereka itu perlu diberi teguran. Mereka perlu meraih hormat dari pesilat yang lain. sebab itu sahsiah mesti tinggi. terutamanya dari segi menjalankan amanah.
Bukan semua pesilat yang hebat boleh menjadi guru yang hebat tetapi guru yang hebat boleh menjadi pesilat yang hebat. Jadi Bahagian pengucapan umum adalah satu aspek penting yang dinilai dalam kursus ini
So apa lagi nak join tak sekiranya ia diadakan?

Sunday, August 10, 2014

Gendang sudah tiba

Gendang silat dan gong dari Kedah sudah tiba. Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Shazmin Azuan atas kesudian bersusah payah mendapatkan peralatan-peralatan tersebut. Semoga dengan ini Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid akan mengorak selangkah lagi ke hadapan bagi meneruskan perjuangan memartabatkan seni warisan bangsa Melayu ini


Demonstrasi tiupan serunai

Gong yang dikasihi. hehe

Wajah riang Cikgu Sidek


Sendeng Grading Preparation

Gambar latihan pesilat-pesilat Gelanggang Seni Silat Sendeng Haji Hamid Daerah Raub. Latihan ini adalah sebagai persediaan untuk menjalani ujian untuk Khatam Asas Sendeng Tahap Satu. Para remaja digalakkan untuk menyertai aktiviti sihat begini bagi menyalurkan tenaga mudah ke tempat yang betul sekaligus mengelak dari terjebak dengan perkara tidak sihat.




Demi agama Islam, Demi bangsa Melayu, Demi negara Malaysia TERCINTA~!

Anak Muda Sendeng

Aki pernah berkata
" Yang boleh diharap dan aktif bersilat dalam sendeng ini di Pahang. Budak-budak muda, Biar kita kalah dari segi usia tapi setanding dari segi ilmu. Takkan nak tunggu sampai tua baru nak buka gelanggang dan mengajar? Aku pun tak macam tu. Cuma kita kena bimbing dia orang supaya tak jadi yang macam lepas-lepas."

Wednesday, August 6, 2014

Kisah Seorang Sahabat Silat.

(Kisah benar ini saya kongsikan serba ringkas. Untuk pedoman kawan2 terutamanya yang baru nak menjinak2an diri dengan persilatan. Identiti sebenar pelajar dalam cerita ini tidak didedahkan untuk mengelak sebarang masalah di belakang hari).

Beberapa tahun dulu, ada seorang pelajar datang ke gelanggang silat di sekolah. Berminat mahu belajar dan menguasai silat. Seperti biasa, kedatangan anak Melayu untuk mempelajari ilmu warisan bangsanya sendiri, sangat kami alu-alukan. Macam sireh pulang ke gagang.

Beliau sangat bersungguh-sungguh belajar dan berlatih. Namun minat beliau tidak mendapat galakan dari ibu bapa. Ibu beliau berpendapat bahawa bersilat hanya membuang masa dan mengganggu pelajaran. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau malah beliau berazam pula untuk belajar dengan lebih tekun supaya keputusan peperiksaannya setanding dengan pencapaiannya dalam persilatan. Akhirnya beliau terpilih untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka di pantai timur semenanjung Malaysia. Pembelajaran silat tertangguh seketika dan hanya diulang sekejap2 ketika cuti sekolah.

Beberapa tahun kemudian beliau pun tamat persekolahan dan pulang ke kampung halaman. Beliau kembali ke gelanggang, bahkan dengan lebih aktif lagi. Ketika itu kawan2 lain tertanya2, mengapa seolah2 tiada lagi halangan dari keluarga beliau. Bahkan semangatnya seperti orang yg mendapat sokongan penuh keluarga. Setelah ditanya, barulah dia bercerita:

"Sebenarnya kat kawasan rumah sy tu banyak kejadian pecah rumah. Barang2 orang dekat2 sini banyak yang hilang. Semua orang tahu siapa yang buat cuma tak boleh buat apa2. Sebab tak ada bukti kan.. Hanya rumah saya yg belum jadi mangsa. Sebab mak rajin cerita dekat keluarga 'suspek' tu yang sy belajar silat. Sengaja mak cerita mcm tu supaya orang tu tak kacau rumah kami. dan memang dia tak berani kacau rumah ni pun. Kalau sy jumpa dia tgh mencuri kat dalam kawasan rumah ni, SIAPLAH!"

MORAL: Sebenarnya silat begitu asing dengan masyarakat Melayu sendiri hari ini hingga manfaatnya tidak dapat terlintas di fikiran. Namun silat bukanlah perkara yang sia-sia. Suatu hari nanti kita akan faham, mengapa mesti orang Melayu bersilat. Semoga bermanfaat..

Saturday, August 2, 2014

Sendeng Full Contact Sparring (SFC)

Selesai sudah khatam asas dua. Kini tibalah masa untuk asas sparring full contact. Segala kelengkapan dan peralatan sedang diusahakan..

Blue

Black

Red
See you soon!

Friday, August 1, 2014

Adab menjemput orang bersilat

Perkara kecil tapi besar impaknya bila diabaikan ketika menjemput orang bersilat.

Bila kita persatuan-persatuan silat kecik-kecik ni dijemput oleh persatuan lain untuk bersilat. Rasa hormat dan terharu itu rasanya tak terhingga. Almaklumlah orang memanggil itu tujuannya ialah bersahabat. Bertukar-tukar angin dan berita. serta dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama islam dan pesilat.

Namun ...begitu ada perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjemput orang untuk bersilat. Kalau dipandang ringan. nampak itulah kali pertama dan terakhir yang kita sambut jemputan itu.

1. Surat jemputan rasmi. Pakai telepon dan sms walaupun canggih tapi tak boleh pakai. Kenapa? Dengan surat jemputan rasmi sajalah seorang itu boleh mendapatkan pelepasan cuti sekiranya ia bekerja dengan badan kerajaan atau swasta. Persatuan-persatuan silat ini kebanyakkannya bukan mempunyai kewangan yang kukuh. Jadi dengan surat ini juga boleh dicari penaja atau sponsor untuk bertandang ke sana dengan jumlah yang besar. Cakap pasar ialah surat nak buka mulut minta duit. Takda surat namanya ajak-ajak ayam. susah nak diambil kira.

2. Sijil penyertaan. kebanyakan pesilat yang hadir terdiri dari pelajar sekolah. Mereka perlukan sijil-sijil ini untuk pengiraan markah koko mereka. Sama juga dengan yang sudah bekerja. Terutamanya pekrja kerajaan yang mana pengiraan markah prestasi akhir tahun juga dikira.

3. Sijil penghargaan dari penganjur. kecil aje nampak tapi besar makna tu. Sebagai ucapan terimakasih atas kesudian pasukan jemputan itu hadir.

Kita rata-rata tidak meminta lebih dari perkara yang mampu disediakan oleh pihak penganjur. Tapi kalau ada imbuhan atau sagu hati,duit minyak,penginapan atau makan dan minum. kita terima dalam seribu kesyukuran tapi sama-sama menggalas. tak ada pun tak apa kalau ada alhamdulillah.

maksudnya ibarat bertukar-tukar juadah. kali ini kali saudara. lain kali giliran kitalah. bila kami menjemput, saudara terimalah jemputan kami dan kami sediakan sebagaimana tuan sediakan. yang penting atas nama persaudaraan antara persilatan.

Tetapi kalau yang kecil-kecil pun tidak mampu diurus atau pandang ringan, macam mana perkara lain pula?

admin

Sumbangan Ikhlas~

Sumbangan Ikhlas
 
Baru-baru ini seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menyumbangkan rekaan khat kufi ini sebagai tanda sokongan beliau kepada perjuangan kita mengangkat martabat seni pusaka warisan bangsa ini. Semoga Allah S.W.T merahmati beliau dan kita semua. Insya Allah..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...