Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Daripada kami warga Seni Silat Sendeng Haji Hamid Pahang

Majlis Khatam Dan Pentauliahan Pembantu Jurulatih

Majlis ini telah berjaya dilansungkan dengan jayanya. Penyatuan dan jemputan daripada Sendeng Muar, Melaka dan N. Sembilan bagi memeriahkan majlis

Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1434H

Majlis berbuka puasa dan tahlil ini diadakan di Rumah Aki, di bentong.

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kusus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Sunday, November 16, 2014

KISAH PERTARUNGAN LONG MAMAT DAN CHONG CHOR

Long Mamat beradu silat dengan Chong Chor.
Long Mamat

Kisah ni sudah lama saya dengar, Akan tetapi butirannya begitu kabur hingga saya memendamnya dengan begitu lama. Namun sekiranya ada pembaca boleh berkongsi dan menambah baik kisah ini, pihak kami amat mengalu-ngalukannya. Apatah lagi membetulkan fakta-fakta dalam cerita saya ini. Yang pasti pertarung ini memang benar-benar terjadi kerana ramai yang menontonnya.Malangnya penonton-penonton itu sudah lama meninggalkan kita. Yang tinggal hanya sastera lisan yang bercelaru hujung pangkalnya. Namun begitu, kalau tidak ditulis, yang diperturunkan secara mulut ke telinga ini juga akan hilang ditelan zaman. Malang juga kita,tidak tahui bila pertarungan ini sebenarnya berlaku.
Secara kebetulan juga nama pendekar cina ini juga sama dengan ketua kumpulan penganas kominis yang bermaharajalela di Perak semasa zaman darurat.
Chong Chor dikatakan berasal dari tanah besar negara China. Sungguh pun begitu beliau ini beragama islam. Malangnya nama Islam beliau tidak pula diketahui. Beliau berkelana dari tanah besar China melawati kepulauan tanah melayu. Kegemaran beliau ialah mengajak pendekar-pendekar tempatan di tempat di mana beliau singgah untuk beradu kepandaian dan kemahiran bersilat. Di katakan juga teknik libasan kaki " kala jengking" beliau amatlah merbahaya dan telah mencederakan serta meragut nyawa ramai pendekar setempat. Kegemaran beliau bermain buah rendah membolehkan teknik libasan kala jengking ini dapat diaplikasikan dengan semaksimum mungkin.Beliau juga dikatakan tidak pernah lagi kalah dengan mana-mana pendekar kepulauan melayu
Beliau telah mengembara ke kepulauan Indonesia dan telah menewaskan ramai pendekar disana dan tibalah masa pendekar Tanah Melayu menjadi santapan beliau. Memang ada pun yang sudah jadi mangsa beliau.
Setibanya beliau di Muar, Johor Beliau telah mendengar akan kehebatan Long Mamat yang gah dengan kepantasan dan kekuatan pukulan tangan beliau. Maka Chong Chor segera ke Padang Muar untuk bertemu dengan Long Mamat.
Tidak susah nak mencari Long Mamat kerana hampir semua penduduk kenal beliau. Setelah bersalam dan memperkenalkan diri, Chong pun segera menyatakan hajat beliau dan mencabar Long Mamat.
" Sudikah tuan untuk beradu silat dengan saya?" tanya Chong Chor.
" Boleh!! " jawab Long Mamat tanpa teragak-agak.
Maka dipersetujui bahawa pertarungan itu akan di adakan disebuah tapak bendang kering di Padang Muar pada minggu yang berikutnya.
Berita pertarungan dua pendekar terbilang ini telah merebak keseluruh Muar dan kawasan berhampiran serta menjadi perbualan hangat penduduk setempat. Masing-masing juga menjangkakan bahawa Long Mamat mempunyai peluang yang tipis untuk menang memandangkan rekod tanpa kalah Chong Chor yang begitu hebat. Walau bagaimana pun masing-masing juga tidak sabar menantikan hari yang dijanjikan untuk mengetahui siapakah yang akan muncul sebagai pemenang.
Pada hari yang dijanjikan, orang ramai telah berkumpul dan berdiri di atas batas-batas bendang menantikan kemunculan dua pendekar hebat ini. Setelah sekian lama menanti, maka muncullah kedua-duanya dan berjalan menuju ketengah satu petak kering diringi sahutan dan sorakan orang ramai. kemudian suasana kembali hening, senyap dan sunyi menahan nafas penuh debaran.
kedua-dua pendekar pun mengelilingi satu sama lain mencari peluang. suasana begitu sepi sekali.
Long Mamat mendapat peluang yang dinantikan, Segera melepaskan satu tumbukan padu kearah rusuk Chong Chor. Kepantasan pukulan Long Mamat tidak dijangka oleh pendekar cina itu....Dbuuuk!!! kuat dan tepat mengenai sasaran.Bergema kuat jeritan Chong Chor kesakitan lalu terlambung 10 depa kebelakang dan jatuh di dalam ribunan lalang di tepi petak itu.
Namun begitu sebelum Chong Chor terlambung beliau sempat melepas tendangan libas kala ke rusuk kiri Long Mamat. Ini menyebabkan Long Mamat juga terlambung kebelakang.
Suasana sunyi tadi bertukar riuh rendah. Penonton berpandangan kearah satu sama lain. Kedua-dua pendekar itu tidak juga bangun-bangun. Terbaring di tempat mereka terhumban. Sungguh pun begitu orang ramai takut untuk menghampiri kedua-dua mereka
Namun setelah beberapa ketika, setelah pasti pertarungan itu berakhir berkerumunlah orang ramai mengelilingi kedua-dua pendekar itu. Chong berkeruh macam lembu kena sembelih dan meninggal dunia disitu juga. Ibarat kata orang yang menontonnya
" Diam-diam lalang, berhenti bergoyang, ajalnya sampai."
Long Mamat juga tinggal nyawa-nyawa ikan. Beliau segera dipapah pulang. Seminggu Long Mamat bertarung nyawa antara hidup dan mati. hanya bergantung dengan air kanji sahaja. Bisa sungguh libasan ekor lipan tu.
Alhamdulillah sembuh juga Long Mamat akhirnya.
Salam saya kepada seluruh waris dan keturunan Allahyarham Long Mamat. Sekian
admin.

Friday, November 14, 2014

MENGENANG JASA PAHLAWAN PAHANG


Pahlawan Mat Kilau

PAHLAWAN KEMERDEKAAN
(Kepada Pahlawan Pahang)

Pahlawan! 
jika hilangmu tanpa pusara 
jika pusaramu tanpa nama 
jika namamu tanpa bunga 
penjajah mengatakan engkau derhaka 
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam 
Inggeris datang meredah Pahang 
bersama peluru bersama senapang 
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah 
bukan sarap hilir ke kuala 
bukan rakit mudik ke hulu 
arus merahnya menjulang mayat 
pahlawan bangsa pahlawan rakyat 
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan! 
Untukmu derita untukmu penjara 
bukan bintang tersemat di dada 
semangatmu api negara berdaulat 
namamu terukir di jantung rakyat.

~ Usman Awang

Sunday, November 9, 2014

HARI DUKA DALAM LIPATAN SEJARAH SENDENG

Keratan akhbar
Sepanjang sejarah Seni Silat Sendeng Malaysia, kita telah melalui detik-detik gembira dan duka. Keratan akhbar ini merakamkan detik kehilangan terbesar dalam sejarah perguruan kita..

Al-Fatihah untuk ruh Allahyarham..~

Wednesday, November 5, 2014

HAJI HAMID DALAM KENANGAN

Haji Abdul Hamid Hamzah
Saya bertemu dengan ramai orang di dalam dunia persilatan ini dan saya berkenalan ramai kawan dalam perguruan Sendeng ini. Melangkau batasan negeri. Berbincang tentang manfaat mempelajari ilmu persilatan, ia adalah sangat banyak. Tidak mampu untuk dijelaskan di sini satu persatu. Saya membayangkan entah bagaimanalah diri saya kalau Allah S.W.T tidak mempertemukan saya dengan perguruan ini. Entah bagaimanalah kita semua jika Allah S.W.T tidak memberikan kekuatan kepada insan yang bernama Haji Abdul Hamid ini untuk berjuang mendidik anak bangsa Melayu ini. Sungguh besar jasa Allahyarham. Sungguh pun beliau sudah tiada lagi bersama kita namun hasil perjuangannya masih dapat kita rasakan hari ini.


Marilah sama-samalah kita doakan agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..~

Haji Hamid dalam kenangan..~

Monday, November 3, 2014

BERSILAT DALAM GUA

Menggerakkan persatuan silat menemukan kita dgn macam2 orang. Macam2 peristiwa, macam2 pengalaman. Baru2 ini kami ada post gambar bersilat di depan gua. Secara tak langsung teringat kisah seorang lelaki yang bercerita tentang orang belajar bersilat di gua. Saya tak mahu dedahkan identitinya. Cukuplah kisahnya sebagai pengajaran.

Aksi di depan gua
Lelaki ini memperlekehkan budak2 yang belajar silat di sekolah. Katanya silat mesti belajar di gua. Tengok orang zaman dulu belajar di gua. Kena bertapa sampai Hang Tuah dan Hang Jebat datang ajar bersilat. Katanya dia dapat keris dari gua juga, ditarik dari perut bumi. Keris ditarik oleh seorang bomoh dari Medan. Umur kerisnya 4000 tahun, berasal dari Sumatera. Keris Istana. Ada pula katanya guru2 silat belajar darinya dan macam2 lagi kisahnya. Hebat sungguh sampai tak tercapai dek akal.

Pada mulanya rasa meluat dan panas hati juga sebab meninggi sungguh kata2nya, tapi sudahnya kami hampir ketawa. Sebagai orang yang belajar, kami tahu sebenarnya ceritanya itu bohong semata2. Satu pun tak boleh dipakai. Hebatnya mengalahkan Hikayat Merong Mahawangsa. Untuk kami terpangaruh itu jauh sekali.. Tapi cuba bayangkan kalau seorang budak muda yang masih mentah dan sedang bersemangat nak menuntut ilmu silat bertemu dengan orang begini, entahlah apa jadinya. Sebenarnya perkara2 beginilah yang merosakkan imej silat. Ibubapa pun bimbang nak menghantar anak belajar silat.

Yang sebenarnya kalau kita nak belajar ilmu silat, yang paling penting ialah kita carilah guru yang baik. Guru yang baik ilmunya. Guru yang baik tingkah lakunya, dan guru yang baik kefahaman agamanya. Itu yang lebih utama. Kemudian kita bergurulah darinya dengan cara yang sudah diajarkan oleh agama kita. Soal tempat tak penting. Ada orang belajar di rumah, ada orang belajar di bangsal, ada orang belajar di sekolah, ada orang belajar di masjid, malah di universiti pun ada.

Soal Hang Tuah belajar di gua di Gunung Ledang, itu adalah kerana gurunya tinggal di sana. Gurunya tinggal di sana kerana dia orang bertapa. Tapi Hang Tuah sendiri tidak belajar ilmu orang bertapa. Beliau hanya belajar ilmu hulubalang sahaja. Hang Tuah sendiri pernah menolak  tawaran gurunya dengan alasan ilmu itu tak tertanggung di atas kepalanya. Itu adalah bahasa halus untuk menyatakan penolakannya. Hang Tuah belajar di gua kerana ada guru, kalau tak ada guru nak belajar dari siapa? Dari jin?? Kalau macam tu tak payah bersilat pun tak apa..

Jadi buat adik2 yang belajar silat di sekolah jangan mudah merasa rendah diri bila diperlekehkan orang. Memang belajar silat di sekolah ni cara yang lebih moden tapi apa yang penting ialah ilmu yang kita perolehi itu benar, berkesan, boleh digunapakai dan paling penting tidak membuatkan kita terpesong dari agama. Barulah kita boleh selamat dunia dan akhirat..~

SEPAGI DI GUA KECHIL

Sekadar perkongsian gambar kepada semua yang melayari blog ini. Semua aksi dilakukan sendiri oleh pesilat-pesilat Sendeng Haji Hamid.

 Gambar-gambar ini dirakamkan di Gua Kechil, Kampung Ulu Gali, Raub Pahang. Sangat jarang rasanya aksi perguruan Sendeng kita dirakamkan dengan cara begini. Terima kasih kepada saudara Shafie Ridzuan atas kesudian beliau jadi jurukamera. Namun tujuan kami ke sini bukanlah untuk suka-suka saja. Gambar2 ini cuma sebahagian dari rakaman aktiviti di sana. Ada matlamat lain yang lebih penting dan akan kami ceritakan nanti.Tapi bukan untuk bertapa yerrr...

Permainan Pedang Melayu

Pecah Empat


Lompat Sekudi Kain


Tangkap Tembong

Gelut Tekpi

Tendang Sendeng

Permainan Tekpi

Lela Sembah

Permainan Tekpi

Kirai bunga

Seni Pedang Melayu

Sendeng!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...