Saturday, July 5, 2014

Cabaran demi cabaran dalam berpersatuan

.Persiapan persatuan ini untuk melangkah jauh

Banyak tuduhan dan lemparan nista dikeluarkan oleh ahli yang mengatakan mereka berada dalam persatuan ini saya dengar. Tetapi saya pekakkan telinga dan buat tak tahu sahaja. Yelah berpersatuan ini susah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Saya mendengar dan menilai dalam diam. Lagi pun bila diajukan perkara ini kepada Aki. Aki akan cakap 

" Kau uruskan perkara ini aku dah tua-tua ni tak mahu dengar, aku tahu nak mengajar aje"


Ada yang mempertikaikan tentang sistem tauliah yang ada sekarang. Jawapan saya senang aje.
Kalau nak masuk mengajar didalam sesebuah sekolah kena ada tauliah. Silat adalah satu bidang yang tidak lagi diterima mudah dalam kokurikulum.sekolah. Kalau nak masuk tu macam-macam kena buat dan sediakan.Saya sendiri pernah menolong seorang guru silat untuk mengajar di sekolah saya. tetapi gagal kerana dokumentasi tak cukup. bermula dari titik itulah saya secara perlahan-lahan menyiapkan profil persatuan ini. Profil ini akan diberikan kepada Jurulatih dalam bentuk folio. biar folio itu yang bercakap dan bukan jurulatih itu.


Sistem kejurulatihan persatuan ini sudah masuk tahun ke3 dijalankan bermula dari pembantu jurulatih, kepada jurulatih, jurulatih kanan, guru dan akhir sekali guru kanan. setiap satu peringkat itu memakan masa 2 tahun. Pada mulanya memang Aki tak setuju. Tapi bila saya terangkan rasionalnya baru dia terima.


1. Untuk memastikan semua jurulatih up to date dengan silibus.


2. semua tahap jika dikumpulkan menjadi sepuluh tahun dan 10 tahun itu adalah masa yang cukup untuk mengenal seseorang itu. Bukan nilai ilmu sahaja yang kita nak tahu malah hati budi itu dalam sesetengah hal lebih penting. 


3. kesetiaan. kita tak mahu lagi melihat anak murid yang dah khatam kendian m
enghilangkan diri entah kemana sedar-sedar dah buka kelas. Siap dengan nama baru lagi.
Dalam profil persatuan pula ada:

1. Sejarah
2. salahsilah perguruan
3. ikrar Jurulatih
4. Tauliah
5. silibus rendah dan menengah
6. logo/ lambang dan pengertian
7. gambar-gambar tokoh persilatan
8. pamphlet yang boleh dicetak banyak
9. Borang keahlian
10. peraturan dan garis panduan penubuhan kelas silat selaras dengan KPPM.

Kelemahan dalam setiap persilatan adalah dokumentasi. Paling penting salasilah mana turunnya ilmu itu. Setiap guru yang berani menurunkankan salasilah dan diperlihatkan oleh orang ramai adalah satu penyataan yang hitam putih dan guru itu adalah benar. kerana salasilah adalah satu statement yang sangat kuat. sekira salahsilah itu direka-reka orang lambat laun akan tahu tembelang guru itu.
Pokok ceritanya dokumentasi sangat penting. Langkah terakhir Aki ambil ialah beliau telah menamakan Tuan Haji Rahman bin Satam sebagai Caretaker dan pengerusi persatuan ini sekiranya beliau tiada. Aki cakap

" Aku tak mau jadi macam Haji Hamid perginya beliau unprepared"

Jadi terimalah dengan hati terbuka tentang penerang saya ini.

Admin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...