Monday, May 4, 2015

HAJI HAMID NAIK ANGIN

Bila Haji Hamid Naik Angin

Kisah ini diceritakan Aki kepada saya dan berkata saksi kepada kejadian ialah Tuan Haji Rosmaini. Mungkin Tuan Haji boleh bercerita lebih lanjut tentang perkara ini.

Satu ketika dahulu, satu persatuan silat berhasrat untuk membuka gelanggang di kawasan Sungai Mati. Setelah mengenal pasti kawasan gelanggang, mereka pun bergotong royonglah membersihkan kawasan tersebut serta mendindingkan kawasan gelanggang tersebut dengan guni-guni gula yang dijahit panjang bagi menhalang penglihatan orang luar.

Pada malam perasmian, satu upacara besar-besaran telah diadakan dan ini menarik minat ramai orang yang lalu lalang terutamanya kumpulan-kumpulan pemandu teksi. Namun mereka berasa agak kecewa kerana tidak dapat melihat majlis itu dari luar kerana terhijab oleh dinding guni gula tersebut.
Oleh kerana tidak puas hati mereka bertindak memanjat dinding tersebut kerana hendak juga melihat upacara yang sedang berlansung di dalam. Perbuatan mereka ini menyebabkan sebahagian daripada dinding tersebut koyak dan ada yang hendak runtuh.

Ini menaikan kemarahan guru silat tersebut.
" Apa panjat-panjat, tengok-tengok. Kalau nak belajar mari masuk, kalau nak mengintai ilmu orang suruh tok guru kau datang kesini" tengking tok guru itu tadi.
Geng-geng teksi pun naik berang
" Jom kita beduk jer dia orang nak? kata salah seorang dari mereka
" Ae, jangann.., dia nak tok guru kita panggil tok guru" celah seorang yang lain.

Mereka pun beramai-ramai terus berjumpa Arwah Haji Hamid serta menyampaikan cabaran guru itu tadi. Pastinya setelah ditokok tambah dan sebab apa guru itu mencabar ditolak ketepi.
Arwah mendiamkan diri, menghisap paip sambil mendengar mereka bercerita. Tetapi muka beliau merah padam menahan marah. Setelah sekian lama dan yang beria-ria berceloteh pun diam menunggu jawapan maka Haji Hamid pun menarik nafas yang panjang lalu berkata:
" Suruh dia orang datang selepas Jumaat."

Pada hari jumaat yang berikutnya, Haji Hamid pun berkayuh menuju ke Masjid Bukit Kangkar dari rumah maknya. Rumah Haji Hasan. Beliau menjadi Khatib untuk membaca khutbah pada hari itu. Sebelum membaca khutbah beliau telah memerhati untuk melihat muka jemaah yang tidak dikenalinya. Terpandang beliau empat susuk tubuh yang tidak dikenalinya. Menganggukkan kepala serta menarik nafas dengan panjang, beliau terus memulakan khutbah hari itu. Solat jumaat berlansung tanpa berlaku apa-apa.

Setelah selesai solat Jumaat, Haji Hamid pun berkayuh kembali ke rumah emak beliau. Memang tepat ke empat-empat orang itu tadi telah mengekori beliau dengan menaiki sebuah kereta.
Sesampainya di rumah Haji Rosmaini pun sudah berada disitu. Haji Hamid terus menjemput semuanya naik keatas. Setelah duduk bersila mengadap satu sama lain, Haji Hamid pun bertanya:
" Saya dengar,awak mencabar saya, Ya?"
Baru sahaja salah seorang mereka hendak menjawab, sepantas kilat Haji Hamid bingkas dan menampar tiga dari mereka. Tak sempat mereka tepis, tak sempat mereka elak. Punya pantasnya tangan Haji Hamid. Yang ke empat hendak di buangnya ke tanah dari atas rumah. Tetapi Haji Rosmaina yang berada disitu terus memeluk Haji Hamid dari belakang sambil berkata berkali-kali.
" Mengucap Uda, Bawak mengucap."
Terus Haji Hamid melepaskan orang yang ke empat itu. Menurut Aki, Haji Rosmaini berkata, keadaan diatas rumah bergenang darah. Mengalahkan darah seekor kambing. Ketiga-tiga orang yang ditampar itu terbaring bergelempangan mengerang sambil meminta air penawar.

Haji Hamid pun mengambil segelas air masak dan membaca jampi penawar dan mengacau air didalam gelas itu menggunakan jari beliau. Kemudian mengunjukkan gelas itu kepada mereka:
" Nah, minum ni" Kata beliau. Setelah beberapa ketika barulah ketiga-tiga orang itu mampu bangun dan boleh bercakap. Apabila mereka duduk semula,Haji Hamid dengan nada perlahan berkata:
" Saya tak marah awak nak buka gelanggangg kat sini. Nak buka,bukalah. Tapi yang saya marah sangat tu sebab awak mencabar saya."
sekian.

Harap-harap jadilah panduan jangan ada diantara kita celupar mulut. dan kalau boleh,tiada lagi peristiwa sebegini berlaku. Berani buat berani tanggung.

Pernah terjadi disini ada guru silat berkata, beliau ada buah pemutus sendeng. Bila Aki dapat tahu dan mencari beliau, keciput lari dan pandai pula mintak maaf.

Ada satu hamba Allah ni pulak berkata sudah bertarung dengan Aki dan menang. Di dengar dek Anak buah Aki seorang ni dengan tak puas hati berkata
" Ana tak percaya, baik mintak maaf dengan Cikgu Jamal atau berani hadap ana"
pastu tukar statement oh silap katanya seri.

Tapi tak berani nak mengadap anak murid kepada anak murid.
sebagai pedoman bila kita bersilat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...