Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Daripada kami warga Seni Silat Sendeng Haji Hamid Pahang

Majlis Khatam Dan Pentauliahan Pembantu Jurulatih

Majlis ini telah berjaya dilansungkan dengan jayanya. Penyatuan dan jemputan daripada Sendeng Muar, Melaka dan N. Sembilan bagi memeriahkan majlis

Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1434H

Majlis berbuka puasa dan tahlil ini diadakan di Rumah Aki, di bentong.

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kusus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Sunday, May 11, 2014

Kalau dah marah kederatnya bukan main

Rumah sewa aki
Masa kami duduk di rumah sewa kt 2 Ketari dulu, depan rumah tu tak adalah jalan bertar, yang ada hanyalah laman yang berlopak dan berpasir akibat air hujan yang membawa pasir itu dari kawasan atas. Rumah kami agak kebawah sikit. Kalau musim hujan halaman rumah akan berlopak. Kalau musim panas akan berpasir dan berdebu. Seingat kami, kamilah penghuni yang paling lama menyewa disitu. berbelas tahun kami di situ. Penghuni lain tak lama, paling kuat pun 3, 4 tahun. Ada satu ketika rumah sebelah KT 1 dihuni oleh sepasang suami isteri yang si Lelakinya bekerja sebagai pemandu teksi. Tiap tiap hari balik lewat malam dan kalau balik tak ada nak pandu perlahan. Terus formula 1 dan parking dalam garaj. Cuba bayangkan kalau musim hujan, habis rumah kita kena spray dengan air lopak. Motor Norton 500cc ss Aki pun kena siram sama. Meradang bukan kepalang Aki. " Dia ni nak kena ni" kata Aki Jadi pada satu hari si suami ni buat perangai macam biasa. Jadi Aki pun tunggu dia masuk dan tidur lepas tu aki keluar dan mengangkat tiang rumah yang diperbuat dari simen berukuran 1 kaki x 1 kaki x 3 kaki lalu di letaknya betul-betul belakang teksi tu. Didepan garaj tu cerun sikit dan memang sah teksi tu tak boleh keluar. Pagi esok Aki tengok si suami tersebut bersama-sama 2 orang terkial-kial nak mengalihkan bongkah simen. Bila dah lama Aki tengok, timbul pulak rasa kesian, lalu Aki pun sama-sama turun tolong. Masa tu dia jugak terkial-kial nak angkat. Aki pun hairan "Semalam ringan" kata Aki dalam Hati. Cerita kedua. Dewan makan asrama sekolah SMK Sulaiman berbentuk 'Y', Jadi satu hujung adalah dapur, satu lagi jadi tempat makan dan satu lagi kawasan kosong dan ada pentas. Dekat situlah Aki mengajar silat. Entah apa punya busuk hati jaga sekolah tu, satu malam dikuncinya pintu pagar yang dekat SMK Ketari. Pintu tu paling dekat dengan rumah Aki. Pintu pagar dua bidang setinggi 10 kaki dengan bentuk 'Y' diatas pagar itu dengan kawat duri. Marahlah Aki jadi diangkatnya pagar tu kedua-duanya sekali dengan pin-pinnya tercabut dan dilemparnya ketepi. Besok pagi 7, 8 orang berpeluh berjerut baru boleh pasangkan balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...