Sunday, March 23, 2014

Kisah Taman Dagang dan Gajah Liar



Orang gagah, meninggal dunia pun cara gagah juga. Ramai pesilat sendeng tahu dari penceritaan lisan akan kehebatan beliau ni. Apatah lagi gambar beliau bersamping bertanjak bersama-sama Allahyarham Haji Hamzah ada dalam internet. Misai melintang beliau memang menampakkan ketegasan dan kegagahan beliau.

Pernah diceritakan apabila beliau memasang kedudukan sendeng,berbelas anak murid beliau cuba menarik tangan beliau untuk meluruskan penumbuk Beliau pasung kekuda dan anak murid menarik sampai berparit atas tanah tetapi kekuda tak terbuka pelebat sendeng tak terlurus. Belum lagi cerita beliau beradu tenaga memikul papan sampai 20 lebih keping.

ceritanya pada suatu hari datang orang berlari dan memberitahu beliau kebun rumbia beliau disodok gajah yang nak makan umbut rumbia. Lantas beliau segera mencapai senapang beliau dan pergi mencari gajah yang sedang memakan umbut rumbia itu. Bila dah jumpa Allahyarham pergi dekat gajah itu tadi lalu mengacu senapang patah beliau dan menembak gajah tadi dibawah dagu. Punya dekatnya kedudukan beliau dengan gajah itu tadi. Malangnya gajah itu tadi tumbang rebah menimpa beliau.

Bila Allahyarham tidak pulang ke rumah setelah sekian lama. Orang ramai pun pergi mencari beliau. Yang dijumpai mereka hanyalah bangkai gajah dan senapang patah beliau. Kelibat beliau sedikit pun tidak kelihatan. Orang kampung tidak terfikir pun nak menebalikkan bangkai gajah itu tadi kerana tidak menyangka beliau akan ditimpa gajah. Setelah seminggu berlalu, tiba-tiba beliau muncul dirumah dalam keadaan letih dan tak bermaya. Rupa-rupanya untuk keluar dari bawah bangkai gajah tersebut beliau terpaksa mengangkat bangkai tersebut dan keluar. Habis segala kegagahan beliau keluar. Sampai di rumah beliau sudah tak boleh bercakap mungkin lemah sangat. Keluarga beliau cuba memberi air kanji untuk menguatkan tenaga. Tetapi ajal juga yang muncul dan pergilah seorang pendekar memang terkenal dengan kegagahannya. Yang tinggal cuma nama dan gambar beliau.

Aki pernah bertanya pada Wak Serang macam mana orang dulu gagah dan dengan bacaan Al Fatihah boleh meniti atas air dan menyeberang sungai. Jawab Wak Serang " Ya dia bertitik". janji tak pernah mungkir bila berjanji kita pegang. Walau bagaimana pun marilah kita sedekahkan surah Al fatihah ke atas roh beliau dan pendekar-pendekar sendeng yang telah pergi meninggalkan kita. Al fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...