Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Daripada kami warga Seni Silat Sendeng Haji Hamid Pahang

Majlis Khatam Dan Pentauliahan Pembantu Jurulatih

Majlis ini telah berjaya dilansungkan dengan jayanya. Penyatuan dan jemputan daripada Sendeng Muar, Melaka dan N. Sembilan bagi memeriahkan majlis

Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1434H

Majlis berbuka puasa dan tahlil ini diadakan di Rumah Aki, di bentong.

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kusus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Friday, September 26, 2014

PERIHAL KERIS TAJUNG DI ZAMAN MODEN


Keris Tajung
Setelah sekian lama mengidam, mencari memang ada, tak susah, tapi kalau yang berkenan harga diluar jangkawan, harga mampu milik memang tak berkenaan. Kira cerewetlah tu. Akhir dapat juga daripada Tuan Tuah Melaka. setelah terlepas keris tajung beliau jatuh ke tangan orang lain. Tuan Tuah memberitahu saya selepas agaknya 2 - 3 minggu, ada keris satu lagi. Sekali tengok teruslah berkenan dan membelinya. walaupun mampu milik masih ribulah harganya.
Pertama sekali bila dah dpt senyum lekatlah kat bibir 2 3 hari. dan saya bawalah ke sekolah untuk menunjukkan kepada rakan senior yang juga katanya peminat keris..,
Tapi jawapan beliau amat memeranjatkan saya:
" Keris Jawa ni aku tak minat sangat, aku minat keris melayu jer"
" Cikgu, cikgu kata minat keris dan kumpul keris..tak akan cikgu tak tahu.., keris melayu?, Ini keris melayu cikgu"
mukanya dah tersipu-sipu malu
" Tak la macam keris jawa je, "
Balas saya " Cikgu ini keris melayu, tajung nama dia, berasal dari kerajaan melayu Patani. Cikgu kumpul keris pun tak tau? cikgu kumpul keris apa?
saya pun belah.., panas hati.
Keris Tajung

Beberapa hari kemudian, ada kawan telefon ngajak mengeteh dalam pada tu ada kawan dia (kawan atas kawan) nak tengok tajung. Jadi kira sembang kerislah.., saya pun bawa bersama 7 lapan bilah yang saya ada.Tak banyak pun.
Towkey kedai seorang makcik tua terkejut dan terus bertanya itu dan ini sambil tu minta kebenaran nak tengok.Pergh..! cara dia pegang tengok dan cabut pun dah tahu dia ni tahu serba sedikit tentang keris..,
Tiba-tiba satu brother ni pun berhenti.., umur muda sikit dari saya. Sambil mengambil Tajung kenal pun tidak, mintak izin pun tidak.
" Ha..., ini keris majapahit nih. Ini muncung dia," ini...bla,bla ,bla panjanglah dia bercerita.
Muka saya, makcik tu, kawan-kawan saya semua jadi kelat. Dah lama agak merapu dia tu, saya pun..,terus potong
" Ini keris melayu, keris majapahit lain. Kalau tak tahu tanya dulu."
Agaknya dah termalu, beliau terus meletakkan keris dan berlalu pergi.
Kawan saya berkata
" Kalau diam kan lebih baik, Ini dah nampak sangat ke bodohnya"
Saya pun bertanya kat makcik tu..
" macam mana boleh tahu pasal keris ni?"
" Arwah ayah saya dulu banyak simpan keris, sebab itu tahu"
" Ada lagi tak? tanya saya
" Entah, tak tau siapa yang mengambilnya" jawab beliau...
Aisey melepas
Lepas ni malas nak bawa keluar Tajung, takut jumpa lagi 'pakar-pakar' keris yang menyakitkan hati.
Dalam pada itu Aki pernah memberitahu, ada sebilah keris kat sini yang sangat berbisa. Kalau nak main keris semua lawannya akan dilukainya. Aki luka, Arwah Pakcik Rosli kena, Arwah Awang kena, meleleh-leleh darah. Aki cakap keris dah makan orang dan dah bawak berperang. Empunya keris kata pinjam boleh nak membeli tak boleh.., lupa dah siapa yang menyimpannya
sekian.

Wednesday, September 17, 2014

Adab Meminta & Berguru

Assalamualaikum kepada semua pembaca ruangan ini,

Alhamdulillah posting saya tempoh hari mengundang beberapa 'feedback' yang boleh kita fikir-fikirkan bersama. Satu tentang ada guru yang melarang anak buahnya berjumpa Aki. Tak apa itu cerita lama. Kita tak ambil port pun, tapi siapa yang rugi....., kedua ada pulak cerita tentang Aki yang dikatakan kedekut ilmu. kepada orang-orang macam ni, saya sarankan cerminlah muka anda kat air longkang yang bewarna gelap tu. begitulah hitam dan busuknya hati anda.

Pertama, saya ingin tegur cara anda meminta ilmu tu, kadang-kadang kita terlupa, cara pembawakan kita itu akan mencerminkan niat kita sebenarnya, ada riak dan egonya tapi kita tak perasan. Namun Aki paling cepat membaca orang. Dia layan jer lepas tu siapa yang kena tadah curahan tak puas hati dia....sayalah.

Kedua, nak mintak tunjuk itu, tunjuk ini, tapi bila Aki suruh bersilat depan dia, pakat tak berani, macam mana dia nak beri. kalau bersilat pun banyak cacat celanya. Maksudnya hak pergerakan basic pun hancus. Buat apa dia nak beri.

Ketiga, masa tak kena, datang pada ketika dia buat kerja, masa dia tengah buat tekpi, masa dia tengah buat kerambit, masa tengah buat pedang. Kalau dia melayan anda, kerja dia tak siap. Bila kerja tak siap fulus pun tak masuk. Dia pun mana ada mood.

Keempat. Mintak tunjuk, tapi sibuk merakam, bukan nak bersilat tapi sibuk nak merakam. Itu lagi dia marah.

Kelima, baru datang sekali dua...,dah mintak itu, mintak ini. empunya diri pun Aki tak berapa kenal lagi. Ingat lagi Aki cakap " Apa ilmu silat ingat mudah ke nak beri."

Saranan saya

Datanglah pada ketika dia mengajar, kemudian nyatakan hasrat, ikut kelas dia, biar dia tengok anda bersilat. Lepas tu terpulang pada dia nak beri atau tidak.

Jaga tingkahlaku rendahkan diri, turunkan ego, susun kata-kata elok-elok. kerana nak minta mengajar ni bukan sama macam nak minta barang. Tapi jangan pula sampai mengampu

Jangan lupa adat dan adab antara guru dan murid. Ramai yang lupa bahagian tu.

Jangan mintak perkara yang memang dia tak akan beri. Contoh ilmu payung senandung, ilmu kebal.

Paling penting hak anda nak meminta, Hak dia nak memberi, Jadi kalau tak dapat jangan berkecil hati sambil mengata itu dan ini.

Saya masih teringat rakan saya, anak murid Aki, Jalal namanya, rumah mak dia seberang jalan Sek Men Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong. Bersilatnya cantik, kemaslah orangnya sembahyang pun tak pernah tinggal, memang kaki masjid. 4 kali ke Sungai Mati, nak belajar dengan Allahyarham Haji Hamid, Arwah tak mengajar sikit pun. Sampai saya pun kehairanan. Aki cakap ada la tu benda yang tak kena. Masa tu pakai naik bas mana ada highway. Tapi si Jalal tak kata apa pun, cuma dia cakap tak ada rezeki.

Buat renungan bersama. nak belajar biar belajar dari bawah.belajarlah dengan ikhlas dan bukan untuk nakkan sesuatu.Buatlah resmi padi, makin berisi makin tunduk, tapi sekarang banyak pakai resmi lalang.

Monday, September 15, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA

SELAMAT HARI MALAYSIA
Seluruh warga Seni Silat Sendeng Haji Hamid mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Dulu dan Sekarang

Bila ada sahabat menyampai cerita ada anak murid dah dua tahun dek ajar gurunya menyorong pelebat aje. Teringat saya akan perbualan saya dengan Aki dua tahun lalu. Aik dua juga haha.

Apabila saya melihat Aki mengajar budak-budak baru ni, dia langkah silibus cepat dan tidaklah sekeras masa dia muda-muda. masa dulu dia akan perfectkan setiap bab sebelum masuk bab lain dan sangat tegas dalam gelanggang. Saya masih terbawa akan cara lama dia. lalu saya bertanya Aki kenapa beliau terlalu berlembut dengan budak sekarang ni? Tau apa dia jawab?

" Budak dulu bukan macam budak sekarang, Budak sekarang sakit sikit dah tak datang! kalau aku ajar keras karang berapa orang yang akan tinggal nanti. Budak sekarang dia cepat bosan semua benda nak cepat, Jadi dalam belajar kita ulang dan betulkan sikit-sikit" Budak sekarang sakit sikit tak datang, hujan sikit tak datang, deman sikit tak datang. Ada banyak bende lain yang di lagi suka buat selain bersilat."

Walau bagaimana pun dalam keadaan budak-budak sekarang ni Aki tak pelokek macam dulu. kalau budak-budak tu boleh bawak dia bagi aje. Bukan dari segi amalan batin tapi buah pukul dan permainan senjata. jadi banyak kemahiran budak-budak ni orang lama kat sini tengok dan tabik. walaupun usia mereka masih muda.

Cerita menyorong pelebat ni. Jiran saya adalah murid pengakhir Aki ketika dia masih muda lagi sebelum dia berhenti mengajar selepas anak sulung dia yang nakal tu buat hal di Bandar Bentong. Jiran saya ni menyorong pelebat dan khatam pertama setelah lima tahun. Lima tahun baru khatam pertama!! tapi kalau tak berlatih lupa juga. Tapi kalau dua tahun main sorong pelebat jer..,mungkin kena cepatkan sikit kalau tidak budak akan lari sebagaimana cerita Aki tadi. Kalau tak buat gitu mungkin jadi macam cerita Pendekar Bujang Lapuk.belajar setakat huruf jin aje

Teringat Rangkap lagu seniman negara Dato' S.M Salim
" Dulu lain, sekarang Lain
Dulu membujang, sekarang dah kahwin"

Saya minat lagu tu..,

Friday, September 12, 2014

PANDUAN MENGELAKKAN DIRI DARI DICULIK


Hasil dari beberapa artikel majalah yang keluar dari majalah yang sudah keluar bertahun-tahun dulu.
Kejadian culik telah dilapurkan kian menjadi-jadi dewasa ini. Hingga kawasan-kawasan selamat seperti kampung-kampung dan tempat-tempat penuh orang ramai tidak lagi difikirkan selamat. kalau dahulu kes-kes penculikan hanya tertumpu kepada anak orang-orang kaya dan berotifkan wang tebusan, tetapi kini ia melebar kepada skop yang lebih dasyhat lagi, rogol, liwat dan bunuh serta baru-baru ini terdapat ura-ura penculikan berasaskan perdagangan anggota manusia dan dadah. Ini menyebabkan ibu-bapa berasa sangat gusar untuk melepaskan anak masing-masing keluarkan rumah. Sikap masyarakat untuk memilh pendirian " Lu hal lu, Gua hal gua" menyebabkan penculik menjadi begitu berani sampai sanggup untuk menculik ditengah-tengah khalayak ramai.
Sebetulnyalah saya memikirkan, kini tibalah masa yang sesuai untuk berkongsi sedikit pengetahuan agar dapat kita kongikan bersama. Ada yang kita sudah tahu dan anggaplah ia sebagai peringatan.
1. Elakkan diri dari berjalan berseorangan dan melalui kawasan-kawasan yang sunyi.
2. Maklumkan kepada ibubapa kemana kita akan pergi, dengan siapa dan pukul berapa kita akan balik. Sekiranya lewat cepat-cepat maklumkan mereka kembali.
3. Beritahu ibubapa kita kontek nombor 2, 3 orang rakan akrab kita.
4. Apabila kereta berhenti dan meminta bantuan bertanyakan pandu arah segera menjauhi kenderaan tersebut. Jangan sekali-kali mendekati kereta itu apabila pertanyaan mereka kurang jelas. Paling mudah cakap ' tak tahu' saja. dan segera beredar.
5. Apabila tangan anda ditarik oleh individu-individu yang tak dikenali, segera menjerit " Tolong saya diculik! saya tak kenal dia! berulang-ulang kali.Insyallah orang berhampiran akan segera membantu. Lazimkanlah diri anda dengan frasa ini. Kalau anda menjerit seperti biasa Lepaslah! tolong! awak siapa! bantuan akan lewat sampai kerana orang yang berdekatan akan ingatkan anda sedang bergaduh pak we mak we atau adik abang. Ingat Penculik cekap boleh menculik dalam kurang dari 15 saat aje.
5. Apabila anda sedar, anda diekori, segera ketempat paling ramai orang duduk disitu dan hubungi mak ayah atau rakan untuk mengambil anda balik. Paling tidak pergi ke pengawal keselamatan supermarket dan lapurkan masalah anda. Mereka ini kebanyakkan ex army atau ex police personel dan mereka tahu tindak yang patut dibuat.
6. Sekiranya anda berani, di tempat ramai orang,apabila sedar anda sedang diekori,Apabila mereka dekat, anda buat pusingan 180 darjah secara tiba-tiba dan berjalan pantas ke arah mereka. Tindakkan yang tidak dijangka ini akan " caught them of guard" selama beberapa saat dan anda bepeluang untuk melarikan diri. dalam pada masa yang sama Anda juga boleh pastikan samada mereka itu mengekori anda atau tidak.sekiranya mereka berpusing juga setelah tersedar dari kejutan itudan terus mengekori anda. Tanpa ragu-ragu pergilah kepada orang yang berdekatan dan mintalah bantuan.
7. Belajarlah serba sedikit seni mempertahankan diri. kerana ia sangat berguna diwaktu-waktu begini.
8. Bawa sikat plastik ( kalau yang besi lagi baik) yang pemegangnya tirus dan panjang yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit
9. Yang paling penting jangan panik.
Adalah diharapkan sedikit panduan ini boleh memberi banyak manfaat kepada para pembaca. Mohon maaf juga kerana lama dah tak berkarya. Almaklumlah sibuk sekarang ni.
Admin.

Sunday, September 7, 2014

Majlis Khatam Peringkat Daerah Raub

Majlis Khatam 2014
Segala puji bagi Allah, kerana dengan izin-Nya, Majlis Khatam Seni Silat Sendeng Haji Hamid Peringkat Daerah Raub telah dapat diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut diadakan pada tarikh 6 September 2014 iaitu pada hari sabtu bertempat di Kompleks Sukan Rakan Muda Dong, Raub, Pahang Darul Makmur. Guru Penasihat Seni Silat Sendeng Haji Hamid, Tuan Haji Jamaluddin bin Shahdan telah dijemput untuk merasmikan majlis.

Seramai kira-kira 50 orang pesilat telah menyertai upacara khatam tersebut. Peserta terdiri dari pesilat-pesilat dari semua gelanggang Sendeng Haji Hamid di daerah Raub yang dipimpin oleh Tuan Haji Muhammad Nasir bin Nahuri, saudara Nurul Azuan bin Mustapha, dan dibantu oleh saudara Razarul Arifin bin Abdul Razak. Selain itu terdapat juga beberapa peserta pimpinan saudara Amirul dari Bentong turut sama menyertai upacara. Majlis turut dihadiri oleh para ibubapa, guru-guru, sahabat-sahabat seperguruan dan peminat-peminat seni silat yang lain.

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Raub. Ia adalah sebahagian dari usaha murni demi memartabatkan seni warisan bangsa Melayu dari lenyap ditelan zaman. Aktiviti begini sedikit sebanyak dapat melahirkan anak muda yang sihat, berani, cekal serta tabah menempuhi sebarang cabaran. Seni silat adalah suatu platform untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam dada anak muda selari dengan ajaran Islam serta budi pekerti bangsa Melayu. Diharapkan ia akan menjadi pencetus semangat bagi anak-anak muda untuk terus gigih menimba ilmu. Insya Allah..~


Ketibaan Guru Penasihat
Ucapan aluan dari Cikgu Nasir

Ucapan Perasmian dari Cikgu Jamaluddin

Barisan Pesilat

Barisan Peserta Khatam

Wakil Mempersembahkan Sireh Adat


Istiadat Makan Sireh

Istiadat Makan Sireh

Ketua Pesilat Puteri

Pesilat Puteri


Persembahan dari peserta khatam

Para Pesilat Puteri

Menyusun langkah

Pecah Empat

Langkah kemas

S.E.N.D.E.N.G

Aksi Pesilat Puteri

Buah Tangkap dan Jatuhan

Buah Tangkap dan Jatuhan

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS KHATAM ASAS DUA~!



















Thursday, September 4, 2014

Setitik Air Tangan Guru

Gambar pesilat belajar di depan rumah Aki Jamal. Sememangnya semenjak dahulu Aki Jamal tidak pernah putus-putus menerima kehadiran pesilat-pesilat yang dahagakan ilmu. Anak murid beliau silih berganti. Selama puluhan tahun beliau mencurahkan bakti mendidik anak bangsa, sudah bermacam ragam murid ditemui. Sekilas ikan di air, tahu mana jantan betinanya. Ada yang baik, ada yang setia, ada juga yang sebaliknya. Bukan sedikit juga yang telah kembali menghadap Illahi. Namun selagi hayat dikandung badan, selagi diizinkan Tuhan, beliau akan terus berbakti.

Semoga Allah S.W.T memanjangkan usia beliau serta memberikan kesihatan kepadanya..
Amin...

Mengatur langkah

Aki, lembut dalam tegas

Kudrat Orang Lama

Pesilat Muda

Tumpuan

Teguran membina

Gaya Seorang Guru

Ikut aki buat ni...

Jurulatih Amirul

Sorong

Baru dan Lama


Tendang jangan tak tendang




Tuesday, September 2, 2014

Menyemai Benih Patriot

Menyusuri sejarah silam tanahair kita menemukan kita dengan saat-saat sukar dan getir. Saat-saat itu dilalui oleh nenek moyang kita dengan segala saki baki kekuatan yang ada. Mereka terus berjuang dengan segala kemampuan yang dimiliki samada dari segi kekuatan fizikal mahupun kebijaksanaan. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa kita ini bukanlah selemah yang disangkakan. Berkat perpaduan generasi terdahulu, akhirnya kemerdekaan berjaya dikecapi.

57 tahun berlalu..

Masih segar dalam ingatan golongan tua akan keperitan hari semalam. Betapa banyaknya airmata, darah serta keringat terpaksa dikorbankan demi mengecapi sesuatu yang bernama keamanan dan kebebasan. Hari ini saki baki mereka yang masih hidup melihat generasi muda sudah mula melupai keperitan itu. Pejuang-pejuang tua ini adalah wira tidak didendang dan mereka juga tidak mahu didendang. Kesedihan mereka bukanlah kerana jasa mereka tidak dikenang, tetapi kekecewaan
yang sebenar-benarnya ialah apabila melihat generasi muda kini tidak bersungguh untuk mempertahankan kemerdekaan yang mereka kecapi dulu. Apakah nasib cucu cicit di kemudian hari kalau tiada lagi tanah untuk mereka berdiri..


Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 57, kita adakan aktiviti untuk menyemai kembali rasa sayang kepada negara kita. Semoga cinta ini melahirkan pejuang-pejuang generasi baru yang sentiasa berkobar-kobar semangatnya mempertahankan keamanan bumi tercinta..



Menyediakan tiang bendera

Menyediakan tiang bendera

Memasang Jalur Gemilang

Memasang Jalur Gemilang

Berkibar terus oh benderaku

Kemegahan Pertiwi
Semoga keamanan yang kita kecapi terus berkekalan selamanya.. Amin...

Persembahan Sendeng di Janda Baik, Bentong Pahang

Permainan Tongkat

Tongkat Sendeng

Permainan Badek

Pesera Persembahan

Pecah Enam

Lela Sembah

Peserta Persembahan

Pemain Gendang Silat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...