Majlis Khatam Dan Pentauliahan Pembantu Jurulatih

Majlis ini telah berjaya dilansungkan dengan jayanya. Penyatuan dan jemputan daripada Sendeng Muar, Melaka dan N. Sembilan bagi memeriahkan majlis

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kusus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Wednesday, February 26, 2014

Merasa 'buah tangan' Tok Haji Hassan.

Aki pernah bercerita yang beliau dapat merasa air tangan Haji Hasan ketika belajar pecah 4. Masa tu gelanggang depan rumah beliau sahaja.Dari tingkap atas beliau memerhati budak-budak bersilat. Masa tu Uda tengah mengajar pecah 4. Tok Haji Hassan sudah pun lanjut usianya dan gigi pun tiada lagi. Entah macam mana adalah di antara yang bersilat tu geleknya tak penuh atau tak habislah kiranya. Dalam pelat-pelat tak bergigi tu Haji Hassan berkata: " Masak betul-betul gelek tu" Haji Hamid pun menghampiri Aki lalu berkata: " Din, kau buat betul-betul, kalau dia turun habis kita." Entah macam mana ada yang dia nampak tak kena, dia pun turun juga dan membetulkan mana yang dia nampak tak kena. Ada dapat buah mulut dan bawak balik buah tangan dia pada malam tu.( takpe ambil berkat ) Tp zaman dulu sakit-sakit tak pulak kita merajuk tak nak datang. Malam esok datang balik. zaman dulu kalau tak penuh ilmu di dada tak kita keluar kampung. sikit-sikit tetap ada.. Apabila saya memberitahu Aki yang saya menulis pasal dia dapat air tangan Tok Haji Hassan, beliau ketawa terkekeh-kekeh bila mengingatkan peristiwa tersebut. Beliau pun menambah cerita: Masa tu dia berada di tingkatan 2 Tok, sedang memerhati orang sedang bersilat, dari tingkap rumah dia yang tinggi tu, lalu berkata macak-macakkan pecah 4 tu. sama tu beliau memakai baju singlet pagoda dan berserban stail orang lama. Ada la budak tu yang geleknya tak habis, masih membuat kesalahan yang sama lagi. Tok Haji Hassan pun tak puas hati, lalu dia turun. " tengok aku buat macam mana" dia pun gelek sambil mulut berbunyi " ah " "cuba aku tengok engkau buat" Lalu masing-masing melakukan gelek dan beliau bergerak dari seorang ke seorang murid memegang kedua-dua belah bahu dan membetulkan kedudukan. Sesudah berpuas hati beliau pun berkata pada budak yang buat hal tu tadi dan berkata: " cuba kau tumbuk aku" budak tu menyorong pelebat perlahan-lahan dan tok gelek menunjuk cara yang betul sambil mulut berbunyi " ah" Budak tu pulak celupar pulak mulut dia dan berkata. " itu tumbuk perlahan je tok" Tok Haji Hassan pun menjawab. " Eh kau tumbuk perlahan, aku gelek perlahan lah. Cuba kau tumbuk laju pulak" Budak tu pun apa lagi tumbuk lah selaju mungkin, Hmm apa lagi tok bagi gelek bagi buah dalam, gelek lagi bagi buah luar. Menyungkur terus budak tu makan tanah. Haji Hamid pun kemudian terus marah " Ha tulah mintak sangat dia mengajar, layan sangat tok, kan dah boleh penyakit!!!

Tuesday, February 25, 2014

KISAH HAJI HAMID DAN TOK GURU PERAMU~

Tok Peramu
Assalamualaikum, dalam usaha saya mengungkap peristiwa-peristiwa yang melibatkan tokoh-tokoh lagenda tanah air, saya terpaksa berhati-hati kerana takut tersilap fakta. Ini berkemungkinan besar akan mengundang kritikan-kritikan yang boleh membenam kredibiliti cerita yang akan saya sampaikan. Walaupun cerita ini telah berkali-kali disampaikan oleh ayahanda saya, tetapi saya masih terpaksa membuat sedikit research dan fieldwork.

Pada tahun 70an ayahanda saya telah ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Alor Akar dan tinggal dalam kuarters belia di batu 5 jalan Gambang. Selepas pengakuan dan kematian pahlawan melayu, Mat Kilau pada tahun 1970, muncul pula seorang lagi tokoh melayu yang dipanggil Tok Guru Peramu atau lebih dikenali sebagai Tok Peramu. Ramai yang mengatakan beliau ini Dato Bahaman, orang kaya Semantan tetapi beliau tidak pernah mengakuinya.

Ayahanda saya berkesempatan mengenali beliau dan banyak kali bertanya samada beliau ini Tok Bahaman. Bila ditanya soalan tersebut,Tok Peramu sedikit pun tidak memberi sebarang jawapan hanya mendiamkan diri sahaja.Pada waktu yang sama Cikgu Jamal mengajar silat juga di kuarters belia tersebut dan sempat juga membawa Haji Hamid untuk mengkhatamkan murid-murid silatnya disana. Peluang ini diambil oleh ayah saya untuk membawa Haji Hamid untuk berjumpa dengan Tok Peramu.

Pada ketika ini, Tok Peramu tidak berapa baik penglihatannya. Matanya sudah kecut dan agak terperosok tidak membonjol macam mata orang biasa. Bezanya matanya kering tidak seperti orang lain yang mengalami situasi yang sama iaitu air mata sentiasa meleleh. Beliau memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan silau agaknya.

Apabila berjumpa Tok Peramu, Cikgu Jamal telah memperkenalkan Haji Hamid kepada beliau " Tok, tok inilah guru saya, yang mengajar saya silat dulu" Dalam tak berapa nampak Tok Peramu telah mencapai tangan Haji Hamid yang berulas itu dan terus tersentak. Dalam pelat kelantan, " Ini bukan sebarang tangan, Ini tangan membunuh" Lalu Haji Hamid pun bertanya " Tok,tok kalau boleh kita nak tahu setara mana Bahaman ni? Tok Peramu terus menjawab " Kito la Bahame."

Lalu beliau terus bercerita bertapa susahnya beliau semasa semasa menentang British. Antaranya terpaksa membawa burung merpati hidup sebagai bekalan serta mencari umbut untuk dibuat juadah Tuan, tuan Tok Peramu tidak pernah mengakui beliau ini Tok Bahaman cuma kepada orang-orang tertentu sahaja. Kerajaan negeri Pahang sendiri tidak pernah mengakui beliau sebagai Tok Bahaman. Mungkin kerana menjaga rahsia ini Haji Hamid tidak membawa cerita ini ke Muar. Tok Peramu telah meninggal dunia pada 23 Julai 1977.

Marilah kita sedekah Alfatihah kepada beliau serta pahlawan melayu yang lain. Selamilah semangat perjuangan mereka. Al-fatihah~

HAJI HAMID BERDEPAN LEMBU LIAR~

Aki Jamaluddin Shahdan bercerita; 1. Pada satu hari, bapa saudara Allahyarham Haji Hamid telah mengajak allahyarham untuk menangkap lembu untuk dibuat kenduri kahwin anak beliau di Padang, Muar. Bila sampai di sebuah padang bola kat situ, kelihatanlah sekawan lembu sedang meragut rumput. Haji Hamid pun bertanya "lembu yang mana satu nak dibuat kenduri?" " Yang tu" Bapa saudaranya pun menunjukkan pada Allahyarham lembu yang dia berkenan. Haji Hamid pun mengambil seutas tali lembu dan menghampiri lembu tersebut sambil memanggil " Bah! bah!" Rupa-rupa lembu tak berkandang dan meragut bebas ni Liar! Di terkamnya Haji Hamid dan menanduk beliau. Dapat dielak oleh Allahyarham sebanyak dua kali. Lepas terkaman kali kedua, Haji Hamid berpaling sambil berkata "lembu ni liar susah nak bawa balik" Masa tu ramailah orang berkumpul nak tengok Allahyarham menangkap lembu liar tersebut. Maka dijawab oleh bapa saudara beliau " La lembu nikan nak buat kenduri, sapa kata nak bawa balik hidup!" Haji Hamid pun membalas " Kenapa tak cakap awal-awal" Lalu Haji Hamid merapat ke lembu itu semula. Diterkamnya oleh lembu itu sekali lagi. Tapi kali ini Haji Hamid mengelecek, terlajak lembu itu tadi, terus ditumbuknya leher lembu itu. Patah dan terkulai leher lembu itu. Dalam nyawa-nya ikan, Allahyarham terus mengeluarkan parang dan menyembeleh lembu tersebut di situ juga. Siapa kata pendekar melayu tak hebat. Kalau jepun ada Mas Oyama yang kerja asyik mematahkan leher lembu. kita pun tidak kurang hebatnya

Monday, February 17, 2014

Main kerambit

Aki selalu cerita. Ramai orang nak guna kerambit bila tempur dekat kerana ia tergolong dalam senjata ampuh untuk tujuan itu. senjata jenis memburai ni dan slice dan counter slice ibarat rajalah bagi segala jenis senjata kecil. Tapi ini juga jenis senjata yang selalu makan tuan. Kalau baru belajar main tak payah nak bawak gaduhlah. Memanglah kalau kena libasan kerambit tiada maafnya. Tapi masa balas kais untuk balas libas, kirai mata kerambit disebelah dalam. musuh kalau pandai sendal je tangan tu, maka terburailah perut sendiri. So kirai bilah tu belah luar bukan belah dalam. Kerambit, Kalau nak gaduh main dua bilah kata beliau. Pakai sebilah mudah sangat serangan dipatahkan oleh orang yang tahu caranya. Kelemahan kain pelikat je. kalau tak da buka baju. masa dia melibas, kirai atau sembat jer bilah tu pakai kain. memang lekat bilah mata kerambit tu. Masalahnya dengan tangan dia sekali sangkut sebab ada cincin pada kerambit tu menyebabkan ia susah nak ditanggalkan dengan cepat. Wallahualam.

Asalnya bergurau hampir jadi pertarungan maut.

Dalam satu majlis surau yang dihadiri oleh Allahyarham Tuan Haji Hassan Pendekar dan Allahyarham Penghulu Mat Elah, Tangkak, Penghulu Mat Elah secara bergurau telah menarik kain saprah di hadapan Tok Haji Hassan yang mengandungi segelas air yang separuh penuh. Pantas dapat ditangkap oleh Tok Haji Hassan dan air dalam gelas tersebut tidak sempat tumpah. Agaknya Tok Haji Hassan tersinggung dengan gurauan Penghulu Mat Elah, telah menampar lantai ( lantai dulu tebal-tebal weh ) surau tersebut. Maka tercabut sebatang paku lantai dan melambung ke udara. Tok Haji Hassan pantas menangkap paku tersebut dan ditamparnya paku itu ke tiang surau yang berada dekat beliau. Paku tersebut terbenam hingga ke pangkal. Tok Penghulu Mat Elah melihat akan perilaku Tok Haji Hassan telah merasa tersinggung dan tercabar. Beliau telah mencabar Tok Haji Hassan untuk bertarung dengan beliau selepas sembahyang jumaat minggu berikutnya. Gembar apabila berita itu tersebar dan ahli majlis surau segera mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka bersependapat sekiranya kedua-dua pendekar ini bertarung, maka salah seorangnya mesti mati. Maka untuk mengelakkan terjadi pertumpahan darah ini, mereka pun terus menghantar wakil kepada kedua-dua belah pihak untuk memujuk untuk berdamai. Alhamdulillah kedua-dua pendekar ini telah pun sejuk dari api kemarahan mereka dan dengan rela hati ingin berdamai semula. Berita itu telah disambut gembira oleh penduduk setempat dan mereka telah meraikan perdamaian itu dengan mengadakan kenduri kesyukuran secara besar-besaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...