Tuesday, February 25, 2014

HAJI HAMID BERDEPAN LEMBU LIAR~

Aki Jamaluddin Shahdan bercerita; 1. Pada satu hari, bapa saudara Allahyarham Haji Hamid telah mengajak allahyarham untuk menangkap lembu untuk dibuat kenduri kahwin anak beliau di Padang, Muar. Bila sampai di sebuah padang bola kat situ, kelihatanlah sekawan lembu sedang meragut rumput. Haji Hamid pun bertanya "lembu yang mana satu nak dibuat kenduri?" " Yang tu" Bapa saudaranya pun menunjukkan pada Allahyarham lembu yang dia berkenan. Haji Hamid pun mengambil seutas tali lembu dan menghampiri lembu tersebut sambil memanggil " Bah! bah!" Rupa-rupa lembu tak berkandang dan meragut bebas ni Liar! Di terkamnya Haji Hamid dan menanduk beliau. Dapat dielak oleh Allahyarham sebanyak dua kali. Lepas terkaman kali kedua, Haji Hamid berpaling sambil berkata "lembu ni liar susah nak bawa balik" Masa tu ramailah orang berkumpul nak tengok Allahyarham menangkap lembu liar tersebut. Maka dijawab oleh bapa saudara beliau " La lembu nikan nak buat kenduri, sapa kata nak bawa balik hidup!" Haji Hamid pun membalas " Kenapa tak cakap awal-awal" Lalu Haji Hamid merapat ke lembu itu semula. Diterkamnya oleh lembu itu sekali lagi. Tapi kali ini Haji Hamid mengelecek, terlajak lembu itu tadi, terus ditumbuknya leher lembu itu. Patah dan terkulai leher lembu itu. Dalam nyawa-nya ikan, Allahyarham terus mengeluarkan parang dan menyembeleh lembu tersebut di situ juga. Siapa kata pendekar melayu tak hebat. Kalau jepun ada Mas Oyama yang kerja asyik mematahkan leher lembu. kita pun tidak kurang hebatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...