Thursday, September 5, 2013

Pedang

Haji Abdul Hamid Hamzah beraksi dengan pedang

Pedang merupakan senjata asli Seni Silat Sendeng. Ia merupakan senjata bersaiz sederhana. Seni pedang termasuk di antara ilmu senjata yang diperturunkan oleh Haji Abdullah (Dollah Polong) kepada Haji Hassan Pendekar seterusnya diwarisi oleh Haji Abdul Hamid Hamzah. Antara nama seni tari dalam permainan pedang Sendeng ialah Seninting Anak Murai, Helang Berlegar, Tikam Balik Junjung, Lebah Mengurap dan Tari Iris. Hingga kini, ilmu permainan pedang masih diperturunkan generasi ke generasi dalam Seni Silat Sendeng.


Permainan pedang oleh pesilat Sendeng Haji Hamid Negeri Pahang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...