TEST TEst

TEST Test

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Tuesday, January 26, 2021

LONG MAMAT (Mohamad bin Lena)




Sedikit pencerahan berkenaan tokoh ilmu Pukulan Sendeng yang digelar Long Mamat dari susur galur Allahyarham Tuan Guru Haji Hamid Hamzah (Seni Silat Sendeng Muar). Untuk makluman semua hal sejarah guru-guru kepada Tn. Guru Haji Hamid telah direkodkan sewaktu penubuhan Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia di awal tahun 90an dulu.

Long Mamat / Mohamad bin Lena

Nama sebenar beliau ialah Mohamad bin Lena. Keluarga beliau berasal dari Parit Bunga, Muar.

Long Mamat mperkenalkan ilmu Pukulan Sendeng yang diwarisi dari bapa saudaranya di Muar pada penghujung kurun ke 19 (sekitar tahun 1885-1910). Selain mengajar ilmu Pukulan Sendeng, beliau juga adalah guru Al-Quran.

Beliau berpindah dan menetap di Pontian setelah berkahwin dengan nenek kepada Arwah Tok Penghulu Zakaria bin Kassim . Masih terdapat lagi ahli dan waris keluarga beliau di Pontian sehingga kini. Fakta sejarah ini banyak diperolehi melalui waris-waris terdekat seperti Arwah Tn. Guru Hj Ismail Hj Hamzah (Adinda kepada Hj Hamid), Arwah Tn. Guru Hj Jamaluddin Shahdan, Arwah Tok Penghulu Zakaria Kassim dan lain lain.

Mohamad bin Lena, pengasas ilmu pukulan Sendeng ini, yang masyhur dengan gelaran Long Mamat, TIADA KAITAN dengan Mohd Yassin bin Yunos dari aliran buah pukul.

Kepada pencinta-pencinta seni buah pukul Lian / Pukulan Sendeng, disarankan untuk menziarahi pusara Mohamad Bin Lena dan Mohd Yassin Bin Yunos,  masing-masing di Pontian dan Endau. 

Untuk makluman foto yang ada sekarang adalah salinan dari foto asal yang ada pada Tok Penghulu Zakaria. Alfatihah  buat Tn Guru Long Mamat dan Pak Long Mat Yasin. 

Terima kasih atas perkongsian dari tuan Mohd Ridzuan. Rujuk posting asal di:

https://m.facebook.com/groups/1070725053057153/permalink/3470998876363080/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...