Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Sunday, April 20, 2014

Sparing dengan Haji Hamid II

Gambar sekadar Hiasan



Cerita orang lama yang pernah belajar dan Khatam sendeng dengan Arwah Tuan Haji Hamid bin Haji Hamzah di Pahang. Pakcik Rahman Satam Beliau mula belajar masa di bangku sekolah lagi. Oleh kerana lama bersilat, badan beliau kemas dan padan. Om puteh kata 'stocky' . Sama tinggi dengan Arwah haji Hamid dan putih orangnya. Oleh kerana susuk tubuh tu hampir sama dan dapat lakak Arwah, Haji Hamid pernah berpesan: " Kalau nak tengok aku bersiltat, tengoklah si Man ni"

Ini cerita dari nukilan beliau sendiri.

Salam pada semua yang membaca halaman ni, sedikit pengalaman saya bersama Arwah Tuan Haji Hamid : Pada satu majlis tamat atau katam silat di Bentong dalam tahuan 70an, kami dicabar supaya tendang terbang (flyang kick) pada tuan guru, mula mula kami rasa malu dan takut kalau kalau guru terpelanting nanti, yang nak tendeng, bukan calang calang murid yang nak tendang arwah Rosli, Maktar,arwah Din Beruang, saya dan beberapa lagi,mereka mereka ni memang hebat, boleh menentang dan melompat hampir 12 kaki tinggi, buat latihan tendeng punch beg ber pasir. bukan main kerasnya....Masing masing beratur, Hj Hamid memberi bahu beliau, jarak kami sedap sedap berlari dan terbang terus tendang.......sapa yang telah tendang turus duduk senyap.....giliran saya yang terbang...kalau tendangan tak kena sasaran mungkin tendangan kena pada muka Tn Guru (dalam hati saya berkata)....kok..kaki saya cecah pada betul betul pada bahu beliau...terdencut dencut kaki, bapak kerasnya badan beliau macam tiang kongrek..mak..ooooiii. keras betul badan beliau, patut la yang lain senyap jee..lepas tendang...sekian

(Cerita ini ditaip oleh Pakcik Man Satam sendiri. Ejaan dan gaya bahasa tidak diedit bagi mengekalkan ketulenan penceritaan) 

Sparing dengan Haji Hamid I

gambar sekadar hiasan



Pengalaman separing dengan Pendekar: Dalam satu majlis juga katham silat sendeng di Bentong, Tuan guru kita arwah Tuan Haji Hamid di jemput oleh aki (Cikgu Jamal)ke majlis khatam silat (betapa hormatnya Cikgu Jamal dengan gurunya arwah Uda pangilan anak buah kepada Hj Hamid, masa tu tak ada lebuhraya, perjalanan ambil masa 10 jam, penat dan wang ringgit tak dikira,

Kehadiran Uda bagitu berharga bagi beliau dan memastikan silat sendeng tidak berubah apa yang di ajar oleh Aki. Saya dipanggil dengan beberapa pesilat lain berseparing dengan arwah, seingat saya arwah Rosli, Awang, saya dan Moktar. Kami mengilingi arwah, saya sebelah kanan beliau, asakan saya hampir dekat dengan arwah cikgu Hamid, rasa rasa sesampai petakan hadapan kaki kanan kemudian saya akan asak dengan sendeng dalam hati saya memang masuk dan bolos tendangan saya ke pangkal ari ari, saya kalih setapak lagi biar pasti tendengan saya kesasaran, dalam mencari sasarannn..tiba tiba...sekilat.... Satu pukulan sekeras kayu beruti singgah didahi saya dan beberapa pukulan lain berturut turut kena pada pipi ,dada dan sekali lagi dinggah didahi saya, membuatkan saya terpelinting kebelakang terduduk ( tikaman hujung jari) Sungguh pantas serangan Tuan Haji Hamid.

(Cerita ini ditaip oleh Pakcik Man Satam sendiri. Ejaan dan gaya bahasa tidak diedit bagi mengekalkan ketulenan penceritaan)

Makluman:

1.Haji Hamid apabila datang ke Pahang akan duduk lama di sini. bukan sekadar mengkhatam orang sahaja malah membetul dan mengahalus silat sekali terutamanya buah pukul.

2. Pakcik Awang yang dimaksudkan dalam cerita ini telah meninggal dunia 2 minggu lepas akibat komplikasi jantung. sedekahkanlah Al Fatihah ke atas roh beliau. terimaksih pakcik Man atas perkongsian cerita.

Monday, April 14, 2014

Latihan intensif Seni Silat Sendeng Haji Hamid Daerah Raub

Pada 11 April 2014, satu sesi latihan intensif telah diadakan di Kampung Ulu Dong, Raub Pahang melibatkan beberapa gelanggang berbeza dari seluruh Daerah Raub. Sessi latihan ini diadakan bertujuan untuk menyelaras semula silibus latihan di setiap gelanggang agar selari dengan silibus semasa. Selain itu aktiviti ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan di antara pesilat-pesilat berlainan gelanggang.

Aktiviti ini diselia oleh jurulatih-jurulatih yang diperakui oleh persatuan dan dipantau oleh Cikgu Haji Nasir Nahuri. Gelanggang Sendeng Haji Hamid yang terlibat ialah Gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub, Gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub, Gelanggang Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Dong, dan Gelanggang Kampung Pamah Rawas. Semoga aktiviti sebegini dapat menyumbang ke arah pembangunan remaja dan belia yang lebih sihat demi membina bangsa dan negara yang lebih cemerlang. 




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...