Monday, April 14, 2014

Latihan intensif Seni Silat Sendeng Haji Hamid Daerah Raub

Pada 11 April 2014, satu sesi latihan intensif telah diadakan di Kampung Ulu Dong, Raub Pahang melibatkan beberapa gelanggang berbeza dari seluruh Daerah Raub. Sessi latihan ini diadakan bertujuan untuk menyelaras semula silibus latihan di setiap gelanggang agar selari dengan silibus semasa. Selain itu aktiviti ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan di antara pesilat-pesilat berlainan gelanggang.

Aktiviti ini diselia oleh jurulatih-jurulatih yang diperakui oleh persatuan dan dipantau oleh Cikgu Haji Nasir Nahuri. Gelanggang Sendeng Haji Hamid yang terlibat ialah Gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub, Gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Gelanggang Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub, Gelanggang Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Dong, dan Gelanggang Kampung Pamah Rawas. Semoga aktiviti sebegini dapat menyumbang ke arah pembangunan remaja dan belia yang lebih sihat demi membina bangsa dan negara yang lebih cemerlang. 




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...