Sunday, September 1, 2013

Haji Mohd Arif Shamsu (Shamsudin)

Haji Mohd Arif Shamsudin merupakan seorang guru Sendeng yang terkenal dengan pukulan 7 Harinya. Pada mulanya beliau berguru ilmu Sendeng dari Long Mamat. Setelah itu, beliau menguji kehandalannya dengan menduga Taman Dagang. Kehandalan Taman Dagang ternyata gagal diatasinya. Namun kekalahannya itu membuka pintu pula bagi beliau untuk berguru dengan Taman Dagang. Di sana, beliau memperhalusi pukulan dan permainan Sendengnya.

Suatu ketika, Haji Mohd Arif pernah mengembara hingga ke Pulau Pinang bagi menguji ilmu pukulan 7 Harinya. Sepanjang perjalanannya beliau tidak bertemu lawan. Tiada yang dapat menandingi kehandalan beliau. Nama pukulan 7 Hari pun menjadi masyhur. Antara yang bersama dalam rombongan tersebut ialah Haji Hassan Pendekar. Suatu hari, tergerak hati Haji Mohd Arif untuk menguji Haji Hassan Pendekar. Mungkin beliau yakin dapat menewaskan Haji Hassan Pendekar setelah pukulan tangannya gagal disaingi sesiapa hingga ke utara tanahair . Namun sangkaannya ternyata meleset.. Haji Hassan Pendekar begitu handal dan pantas. Haji Mohd Arif tewas di tangan Haji Hassan Pendekar.

Ilmu pukulan 7 Hari tersebut kemudiannya diajarkan kepada Haji Abdul Hamid Hamzah yang ketika itu baru berusia 12 tahun. Seterusnya, pukulan 7 Hari terus diperturunkan dari generasi ke generasi dalam perguruan Silat Sendeng Malaysia. Haji Mohd Arif telah kembali ke rahmatullah pada penghujung 1940-an. Al-Fatihah~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...