Saturday, July 5, 2014

Kisah Aki menangkap pencuri

Kisah ini berlaku semasa saya sekolah menengah dulu di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu Kelantan. Kalau hari raya, perkara yang paling seronok ialah berhari raya di Kelantan di Kampung Mak saya. Bagi saya balik ke Kelantan tu lebih seronok dari balik ke Melaka sebab lebih meriah.

Kalau tak silap pada malam kedua raya kira-kira pukul 10 malam, terdengar satu jeritan dari rumah jiran berhampiran. Pencuri! pencuri! kelihatan jiran sebelah mengejar seseorang lepas tu beliau termangu-mangu. Aki yang menjenguk dari tingkap bilik tidur pun bertanya " cari apa?" Jiran tu pun menjawab: "Tadi nampok pencuri lari alik ni, pastu hile" ( hilang ) Sempadan rumah kami dipagari oleh pagar pokok hidup yang orang selalu buat pagar. memang tebal setinggi dada. Aki pun turun bersembang sementara saya terus menjenguk dari tingkap. " Guano buleh lepas alik ni " orang tu terus merungut Aki pun bersembang dengan jiran tersebut.

sekadar gambar hiasan
Kira-kira 10 minit kemudian Aki ternampak sesuatu yang bergerak dipangkal pokok pagar itu. Rupa-rupanya pencuri itu telah meniarap di situ! " Tu dio!" jerit jiran tersebut. Pencuri itu apa lagi, terus bingkas bangun dan dalam samar malam menikam Aki dengan sebatang skru driver. Sempat dielak oleh Aki ( gelek luar) terus di beri satu pukulan dibelakang tengkuk sipencuri tersebut.

 Pencuri tu pun jatuh tertiarap dan Aki pantas memulas kedua tangannya kebelakang dan menyendalnya dengan kaki sambil menekan badan pencuri tersebut ke tanah. Menjerit pencuri itu kesakitan. tak lama kemudian orang ramai pun datang dan ada seorang daripada mereka membawa seutas tali. Aki segera mengikat kedua tangan pencuri tersebut dan seterus mengheretnya ke tempat yang lebih terang. saya yang dah turun itu memegang tali tersebut. Biasalah bila orang dah terikat macam beruk kena rantai, ramailah jadi hero. Ada yang lempang, bagi penumbuk, bahkan ada yang ambil lajak bagi penerajang lagi. Bengang saya pun menjerit " Boh la" (sudah lah) muka dia, darah berjururan turun, barulah orang behenti. Aki masa tu buat relek jer. Dah banyak hero ha ha Setengah jam kemudian polis pun sampai. Pencuri segera dan mendapatkan polis tu. tak tahan kena lutu dengan orang kampung ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...