Sunday, September 7, 2014

Majlis Khatam Peringkat Daerah Raub

Majlis Khatam 2014
Segala puji bagi Allah, kerana dengan izin-Nya, Majlis Khatam Seni Silat Sendeng Haji Hamid Peringkat Daerah Raub telah dapat diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut diadakan pada tarikh 6 September 2014 iaitu pada hari sabtu bertempat di Kompleks Sukan Rakan Muda Dong, Raub, Pahang Darul Makmur. Guru Penasihat Seni Silat Sendeng Haji Hamid, Tuan Haji Jamaluddin bin Shahdan telah dijemput untuk merasmikan majlis.

Seramai kira-kira 50 orang pesilat telah menyertai upacara khatam tersebut. Peserta terdiri dari pesilat-pesilat dari semua gelanggang Sendeng Haji Hamid di daerah Raub yang dipimpin oleh Tuan Haji Muhammad Nasir bin Nahuri, saudara Nurul Azuan bin Mustapha, dan dibantu oleh saudara Razarul Arifin bin Abdul Razak. Selain itu terdapat juga beberapa peserta pimpinan saudara Amirul dari Bentong turut sama menyertai upacara. Majlis turut dihadiri oleh para ibubapa, guru-guru, sahabat-sahabat seperguruan dan peminat-peminat seni silat yang lain.

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Raub. Ia adalah sebahagian dari usaha murni demi memartabatkan seni warisan bangsa Melayu dari lenyap ditelan zaman. Aktiviti begini sedikit sebanyak dapat melahirkan anak muda yang sihat, berani, cekal serta tabah menempuhi sebarang cabaran. Seni silat adalah suatu platform untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam dada anak muda selari dengan ajaran Islam serta budi pekerti bangsa Melayu. Diharapkan ia akan menjadi pencetus semangat bagi anak-anak muda untuk terus gigih menimba ilmu. Insya Allah..~


Ketibaan Guru Penasihat
Ucapan aluan dari Cikgu Nasir

Ucapan Perasmian dari Cikgu Jamaluddin

Barisan Pesilat

Barisan Peserta Khatam

Wakil Mempersembahkan Sireh Adat


Istiadat Makan Sireh

Istiadat Makan Sireh

Ketua Pesilat Puteri

Pesilat Puteri


Persembahan dari peserta khatam

Para Pesilat Puteri

Menyusun langkah

Pecah Empat

Langkah kemas

S.E.N.D.E.N.G

Aksi Pesilat Puteri

Buah Tangkap dan Jatuhan

Buah Tangkap dan Jatuhan

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS KHATAM ASAS DUA~!



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...