Monday, November 3, 2014

BERSILAT DALAM GUA

Menggerakkan persatuan silat menemukan kita dgn macam2 orang. Macam2 peristiwa, macam2 pengalaman. Baru2 ini kami ada post gambar bersilat di depan gua. Secara tak langsung teringat kisah seorang lelaki yang bercerita tentang orang belajar bersilat di gua. Saya tak mahu dedahkan identitinya. Cukuplah kisahnya sebagai pengajaran.

Aksi di depan gua
Lelaki ini memperlekehkan budak2 yang belajar silat di sekolah. Katanya silat mesti belajar di gua. Tengok orang zaman dulu belajar di gua. Kena bertapa sampai Hang Tuah dan Hang Jebat datang ajar bersilat. Katanya dia dapat keris dari gua juga, ditarik dari perut bumi. Keris ditarik oleh seorang bomoh dari Medan. Umur kerisnya 4000 tahun, berasal dari Sumatera. Keris Istana. Ada pula katanya guru2 silat belajar darinya dan macam2 lagi kisahnya. Hebat sungguh sampai tak tercapai dek akal.

Pada mulanya rasa meluat dan panas hati juga sebab meninggi sungguh kata2nya, tapi sudahnya kami hampir ketawa. Sebagai orang yang belajar, kami tahu sebenarnya ceritanya itu bohong semata2. Satu pun tak boleh dipakai. Hebatnya mengalahkan Hikayat Merong Mahawangsa. Untuk kami terpangaruh itu jauh sekali.. Tapi cuba bayangkan kalau seorang budak muda yang masih mentah dan sedang bersemangat nak menuntut ilmu silat bertemu dengan orang begini, entahlah apa jadinya. Sebenarnya perkara2 beginilah yang merosakkan imej silat. Ibubapa pun bimbang nak menghantar anak belajar silat.

Yang sebenarnya kalau kita nak belajar ilmu silat, yang paling penting ialah kita carilah guru yang baik. Guru yang baik ilmunya. Guru yang baik tingkah lakunya, dan guru yang baik kefahaman agamanya. Itu yang lebih utama. Kemudian kita bergurulah darinya dengan cara yang sudah diajarkan oleh agama kita. Soal tempat tak penting. Ada orang belajar di rumah, ada orang belajar di bangsal, ada orang belajar di sekolah, ada orang belajar di masjid, malah di universiti pun ada.

Soal Hang Tuah belajar di gua di Gunung Ledang, itu adalah kerana gurunya tinggal di sana. Gurunya tinggal di sana kerana dia orang bertapa. Tapi Hang Tuah sendiri tidak belajar ilmu orang bertapa. Beliau hanya belajar ilmu hulubalang sahaja. Hang Tuah sendiri pernah menolak  tawaran gurunya dengan alasan ilmu itu tak tertanggung di atas kepalanya. Itu adalah bahasa halus untuk menyatakan penolakannya. Hang Tuah belajar di gua kerana ada guru, kalau tak ada guru nak belajar dari siapa? Dari jin?? Kalau macam tu tak payah bersilat pun tak apa..

Jadi buat adik2 yang belajar silat di sekolah jangan mudah merasa rendah diri bila diperlekehkan orang. Memang belajar silat di sekolah ni cara yang lebih moden tapi apa yang penting ialah ilmu yang kita perolehi itu benar, berkesan, boleh digunapakai dan paling penting tidak membuatkan kita terpesong dari agama. Barulah kita boleh selamat dunia dan akhirat..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...