Wednesday, August 6, 2014

Kisah Seorang Sahabat Silat.

(Kisah benar ini saya kongsikan serba ringkas. Untuk pedoman kawan2 terutamanya yang baru nak menjinak2an diri dengan persilatan. Identiti sebenar pelajar dalam cerita ini tidak didedahkan untuk mengelak sebarang masalah di belakang hari).

Beberapa tahun dulu, ada seorang pelajar datang ke gelanggang silat di sekolah. Berminat mahu belajar dan menguasai silat. Seperti biasa, kedatangan anak Melayu untuk mempelajari ilmu warisan bangsanya sendiri, sangat kami alu-alukan. Macam sireh pulang ke gagang.

Beliau sangat bersungguh-sungguh belajar dan berlatih. Namun minat beliau tidak mendapat galakan dari ibu bapa. Ibu beliau berpendapat bahawa bersilat hanya membuang masa dan mengganggu pelajaran. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau malah beliau berazam pula untuk belajar dengan lebih tekun supaya keputusan peperiksaannya setanding dengan pencapaiannya dalam persilatan. Akhirnya beliau terpilih untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka di pantai timur semenanjung Malaysia. Pembelajaran silat tertangguh seketika dan hanya diulang sekejap2 ketika cuti sekolah.

Beberapa tahun kemudian beliau pun tamat persekolahan dan pulang ke kampung halaman. Beliau kembali ke gelanggang, bahkan dengan lebih aktif lagi. Ketika itu kawan2 lain tertanya2, mengapa seolah2 tiada lagi halangan dari keluarga beliau. Bahkan semangatnya seperti orang yg mendapat sokongan penuh keluarga. Setelah ditanya, barulah dia bercerita:

"Sebenarnya kat kawasan rumah sy tu banyak kejadian pecah rumah. Barang2 orang dekat2 sini banyak yang hilang. Semua orang tahu siapa yang buat cuma tak boleh buat apa2. Sebab tak ada bukti kan.. Hanya rumah saya yg belum jadi mangsa. Sebab mak rajin cerita dekat keluarga 'suspek' tu yang sy belajar silat. Sengaja mak cerita mcm tu supaya orang tu tak kacau rumah kami. dan memang dia tak berani kacau rumah ni pun. Kalau sy jumpa dia tgh mencuri kat dalam kawasan rumah ni, SIAPLAH!"

MORAL: Sebenarnya silat begitu asing dengan masyarakat Melayu sendiri hari ini hingga manfaatnya tidak dapat terlintas di fikiran. Namun silat bukanlah perkara yang sia-sia. Suatu hari nanti kita akan faham, mengapa mesti orang Melayu bersilat. Semoga bermanfaat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...