Thursday, July 30, 2015

PEDOMAN

Perkara-perkara yang kita terlepas pandang dalam menziarah gelanggang lain.
Minggu lepas ada pesilat sendeng datang berbuka dengan kami. Dalam menunggu waktu berbuka maka terpacul satu soalan dari mulut Aki
" Apa cerita gelanggang si******* ni. menjemput. aku tidak. Padahal gelanggang itu tak jauh dari rumah Aki.
" Ada, hidup lagi, nanti saya beritahu dia" Jawab seorang ni dengan penuh berhati-hati..
Maka terlintaslah saya segala rungutan Aki selama ini adalah merupakan panduan kita kalau nak menziarah gelanggang orang. eloklah kita jadikan panduan.
1. Hendaklah meminta izin dulu kepada tuan punya gelanggang. jangan kita buat hal dengan muncul secara tiba-tiba kerana tuan punya gelanggang akan serba salah dan besar kemungkinan tidak bersedia untuk menerima kunjungan kita.
2. Diam, serta meneliti perjalanan kelas dengan sopan, jangan kita buat kelakuan yang rasanya tidak tepat dengan norma gelanggang. berdiri memerhati dari jauh. Keluar masuk gelanggang kerap atau bersembang kuat-kuat.
3.Pakaian yang sesuai. Ada datang pakai lencana macam-macamlah baju macam-macam seperti Pesaka, wakil Malaysia. menunjuk title.Tak perlu tu. Hormatilah guru gelanggang itu, walaupun dia itu muda dari kita. Masuk gelanggang orang patut kita rendah dirilah
4. Elakkan menunjuk-nunjuk dengan jari, Memandang macam acuh-tak acuh serta menggeleng-gelengkan kepala apatah lagi gelak walaupun tidak kuat.
5. Jangan membanding gelanggang kita masa belajar dan gelanggang guru itu mengajar. Masa dulu dengan masa sekarang lain. murid pun lain.
6. Sekira diminta menunjukkan buah sebentuk dua. Elak dari menunjukkan kita lebih hebat dari guru itu. Cukuplah sekadar unjuran lebih sikit dari guru itu.
7. Dalam menunjuk juga, jangan menindih ilmu. perbuatan sama tapi ada perbezaan sikit-sikit. ini menimbulkan kekeliruan pada pesilat dan menimbulkan keraguan pesilat pada guru mereka.
8. Sekiranya guru itu tiada. jangan diajar pelajaran baru.lebih baik jangan datang terus.
9. Kalau nak datang lagi, minta izin lagi.
10. Jangan menjatuhkan kredibiliti guru depan murid. kalau guru itu tersilap mengajar diam aje. lepas tu bertukar-tukarlah pendapat pada waktu lain. mana tahu.entah-entah kita yang silap.
Pada satu ketika dulu, pernah ada satu anak murid Aki membawa pesilat-pesilatnya kerumah Aki untuk diKhatamkan oleh beliau. Tetapi Aki meminta guru itu mengatamkannya sendiri.
" Itu anak murid, lebih baik kau khatamkan sendiri" kata Aki dengan lembut.
Saya yang kehairanan bertanya dua tiga hari kemudian jawapan beliau cukup memeranjatkan saya.
" kalau aku dah tahu dia mengajar tak betul. Takkan aku nak mengiktiraf apa yang dia ajar tu betul. ertinya mengkhatamkanlah. Nanti bila aku mati akan dipersoalkan pulak. Jadi baik guru dia khatamkan sendiri. Uda pun pernah buat begitu kata Aki. menamatkan cerita.
sebagai peringatan bersama
silat ini penuh adat dan tatasusila. Ianya bayangan adat dalam masyarakat kita. menghormati guru dan orang tua serta orang tua membalas hormat orang muda pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...