Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Monday, April 4, 2016

BERTEMU LAGI!

As'salamualaikum. Lama sudah rasanya blog ini tidak dikemaskini. Ianya berikutan beberapa masalah tenikal yang menghalang dari ia dikemaskini. Namun alhamdulillah sudah selesai. Insya Allah selepas ini blog ini akan aktif semula setelah beberapa bulan berehat. Untuk mendapatkan perkembangan aktiviti kami bagi tempoh beberapa bulan lalu, sila lawati facebook kami. Taip sahaja Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dan ikuti segala perkembangan aktiviti kami telah dimuatnaik di sana. JUMPA LAGI!

Admin AR

Thursday, July 30, 2015

BERAYA DI RUMAH AKI JAMAL

Para pesilat dari beberapa buah gelanggang Raub dan Bentong menziarahi Aki Jamal sempena hari raya yang lalu. Peluang diambil untuk saling bermaaf-maafan atas kesalahan lalu dan merapatkan kembali ukhwah sesama ahli perguruan..~


Add caption







TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR~

PEDOMAN

Perkara-perkara yang kita terlepas pandang dalam menziarah gelanggang lain.

Minggu lepas ada pesilat sendeng datang berbuka dengan kami. Dalam menunggu waktu berbuka maka terpacul satu soalan dari mulut Aki
" Apa cerita gelanggang si******* ni. menjemput. aku tidak. Padahal gelanggang itu tak jauh dari rumah Aki.
" Ada, hidup lagi, nanti saya beritahu dia" Jawab seorang ni dengan penuh berhati-hati..
Maka terlintaslah saya segala rungutan Aki selama ini adalah merupakan panduan kita kalau nak menziarah gelanggang orang. eloklah kita jadikan panduan.


1. Hendaklah meminta izin dulu kepada tuan punya gelanggang. jangan kita buat hal dengan muncul secara tiba-tiba kerana tuan punya gelanggang akan serba salah dan besar kemungkinan tidak bersedia untuk menerima kunjungan kita.

2. Diam, serta meneliti perjalanan kelas dengan sopan, jangan kita buat kelakuan yang rasanya tidak tepat dengan norma gelanggang. berdiri memerhati dari jauh. Keluar masuk gelanggang kerap atau bersembang kuat-kuat.

3.Pakaian yang sesuai. Ada datang pakai lencana macam-macamlah baju macam-macam seperti Pesaka, wakil Malaysia. menunjuk title.Tak perlu tu. Hormatilah guru gelanggang itu, walaupun dia itu muda dari kita. Masuk gelanggang orang patut kita rendah dirilah

4. Elakkan menunjuk-nunjuk dengan jari, Memandang macam acuh-tak acuh serta menggeleng-gelengkan kepala apatah lagi gelak walaupun tidak kuat.

5. Jangan membanding gelanggang kita masa belajar dan gelanggang guru itu mengajar. Masa dulu dengan masa sekarang lain. murid pun lain.

6. Sekira diminta menunjukkan buah sebentuk dua. Elak dari menunjukkan kita lebih hebat dari guru itu. Cukuplah sekadar unjuran lebih sikit dari guru itu.

7. Dalam menunjuk juga, jangan menindih ilmu. perbuatan sama tapi ada perbezaan sikit-sikit. ini menimbulkan kekeliruan pada pesilat dan menimbulkan keraguan pesilat pada guru mereka.

8. Sekiranya guru itu tiada. jangan diajar pelajaran baru.lebih baik jangan datang terus.

9. Kalau nak datang lagi, minta izin lagi.

10. Jangan menjatuhkan kredibiliti guru depan murid. kalau guru itu tersilap mengajar diam aje. lepas tu bertukar-tukarlah pendapat pada waktu lain. mana tahu.entah-entah kita yang silap.

Pada satu ketika dulu, pernah ada satu anak murid Aki membawa pesilat-pesilatnya kerumah Aki untuk diKhatamkan oleh beliau. Tetapi Aki meminta guru itu mengatamkannya sendiri.
" Itu anak murid, lebih baik kau khatamkan sendiri" kata Aki dengan lembut.
Saya yang kehairanan bertanya dua tiga hari kemudian jawapan beliau cukup memeranjatkan saya.

" kalau aku dah tahu dia mengajar tak betul. Takkan aku nak mengiktiraf apa yang dia ajar tu betul. ertinya mengkhatamkanlah. Nanti bila aku mati akan dipersoalkan pulak. Jadi baik guru dia khatamkan sendiri. Uda pun pernah buat begitu kata Aki. menamatkan cerita.

sebagai peringatan bersama
silat ini penuh adat dan tatasusila. Ianya bayangan adat dalam masyarakat kita. menghormati guru dan orang tua serta orang tua membalas hormat orang muda pula.

Friday, July 10, 2015

GAYA TABIK DALAM SENDENG





Cerita orang lama matikan langkah pecah dengan tabik.

Sudah lama saya tidak menulis entri dan bercerita di sini. Tambahan lagi bila bulan Ramadan Al mubarak ini lagilah tiada masa.

Ada beberapa orang pesilat sendeng dari negeri lain bertanya saya kenapa orang-orang lama dulu ada yang mematikan pecah kuntau dengan tabik sebagaimana yang dilakukan oleh Tok Sidang dalam posting video tempoh hari.

Ceritanya pada satu majlis keramaian yang diadakan di padang Kelab Muar iaitu berdekatan dengan Padang High School. Allahyarham Haji Hamid telah membuat persembahan silat di hadapan Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor pada ketika itu.

Oleh kerana Tuanku telah mencemar duli hadir ke majlis itu dengan memakai pakaian panglima Johore Military Force (JMF), maka Arwah Haji Hamid telah megubah penamat pecah 8 toya yang biasa kepada tabik hormat bersesuaian dengan tatacara pemakaian tuanku pada ketika itu.
Cara matikan itu digunakan oleh anak murid lama Arwah. Namun sekarang jarang sekali saya tengok matikan pecah cara begitu dilakukan lagi. Tak salah kerana ia datang dari Arwah Haji Hamid juga.

Monday, June 15, 2015

CERITA RENCONG ACHEH LAMA

Rencong Acheh (Gambar hiasan)

Cerita Rencong Acheh lama..,

Kawan saya sudah lama berhajat untuk menunjukkan rencong acheh warisan keluarga beliau kepada saya namun asyik terlupa sahaja.

namun, akhirnya bertemu jodoh juga. cantik sungguh matanya terdapat ayat-ayat quran yang pudar tercanting di kedua-dua belah matanya tapi timbul. Lama sungguh membeleknya dengan takjub. Selain daripada selawat dan bismillah pembuka kalam,. terdapat satu ayat dalam bahasa Arab yang bukan dari Al Quran. kebetulan ada kawan yang mempunyai rakan kampung yang faseh arab. dihantarnya gambar rencong itu kepada beliau.

5 minit kemudian dapatlah jawapannya
" Tiada ilmu pedang kecuali pemiliknya"
begitulah tafsirnya sangat ringkas tapi mendalam maknanya.
Saya memegangnya, mengilasnya menggayakan tikaman, memusingnya.
Kawan saya berkata sambil tersenyum

" Ini baru iya anak tok guru, bukan macam sikawan kita sorang tu. nampak aja benda ni mula bercerita tok moyang dia pendekar itu, pernah berperang kat situ sini. Aleh-aleh bertanya ini benda apa yek? macam mana nak pegang yek? Meluat aku mendengarnya.

Saya tersengeh kembang kena puji. sebelum saya memulangkannya saya berpesan. " Jagalah baik=baik senjata ni matanya sangat baik dan kukuh. biasanya bila dapat senjata lama yang kecil-kecil pakaiannya cantik, tapi matanya tinggal genting aje.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pada 24 Mei yang lalu, pasangan pesilat Sendeng Haji Hamid,  Aiman bin Haji Mohd Anidin dan Muhammad Akif Bin Rafi telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Silat Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Negeri Pahang. Mereka sekaligus berjaya mewakili Negeri Pahang ke Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2015. Pertandingan peringkat kebangsaan berlangsung pada 7 hingga 11 Jun di Politeknik Merlimau, Melaka. Negeri Melaka selaku tuan rumah juga diwakili oleh ramai pesilat Sendeng dari Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka.

Ketika acara penyampaian pingat di peringkat Negeri Pahang
Alhamdulillah persembahan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat di peringkat kebangsaan, namun penyertaan kali ini membawa seribu satu erti. Kami dapat menimba berbagai-bagai ilmu dan pengalaman baru di sana. Paling tidak dapat dilupakan ialah perasaan berjumpa dengan saudara seperguruan dari Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka.

Pasangan Pesilat Sendeng, Aiman Anidin dan Akif Rafi


Dua persatuan satu perguruan

Arifin Raub & Cikgu Masrizal

Sessi Lawatan sambil belajar

Berpencak di Istana Melaka

Suasana dalam dewan pertandingan


Semoga berjumpa lagi~!

Saturday, May 30, 2015

HAJI HAMZAH BIN HAJI HASSAN

Allahyarham Haji Hamzah Haji Hassan

Allahyarham Haji Hamzah

Tidak banyak yang diperkatakan tentang Allahyarham Haji Hamzah iaitu bapa kepada Allahyarham Haji Hamid,pengasas pertubuhan silat sendeng aliran Sungai Mati kita ni.

Beliau mahir dalam kuntau Teluk Mas dan permainan senjata terutamanya pedang aliran Allahyarham Tok Haji Hasan.

Beliau sering menunjukkan permainan pedang bersama-sama pasangan beliau Allahyarham Taman bin Dagang. Dalam artikel lama Sendeng Malaysia, beliau dikatakan tidak mengajar kerana menghormati Ayahanda beliau Allahyarham Haji Hasan.


Tetapi apabila ditanya oleh Aki tentang hal ini kepada Allahyarham Haji Hamid, beliau memberitahu Aki..., Sebenarnya bukan Allahyarham tak mengajar tetapi beliau seorang yang baran dan tak sabar dan ramai anak murid tak tahan dan lari.

Begitu juga Allahyarham Taman bin Dagang. Aki mengaku tengok muka beliau dengan misai melintang, tinggi dan hitam pun dah kecut. Beliau juga seorang yang garang.beliau pernah berkata:

" Tak nak aku belajar dengan Aki Taman, Takut."

Jadi hayati ungkapan ini 'bukan semua orang boleh jadi guru.'
guru sifatnya sabar dan tidak mudah putus asa.

Tetapi yang peliknya ramai guru boleh sabar dengan anak orang dengan anak sendiri tak sabar, termasuklah saya ha ha ha.

susahnya jadi guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...