Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Sunday, August 10, 2014

Gendang sudah tiba

Gendang silat dan gong dari Kedah sudah tiba. Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Shazmin Azuan atas kesudian bersusah payah mendapatkan peralatan-peralatan tersebut. Semoga dengan ini Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid akan mengorak selangkah lagi ke hadapan bagi meneruskan perjuangan memartabatkan seni warisan bangsa Melayu ini


Demonstrasi tiupan serunai

Gong yang dikasihi. hehe

Wajah riang Cikgu Sidek


Sendeng Grading Preparation

Gambar latihan pesilat-pesilat Gelanggang Seni Silat Sendeng Haji Hamid Daerah Raub. Latihan ini adalah sebagai persediaan untuk menjalani ujian untuk Khatam Asas Sendeng Tahap Satu. Para remaja digalakkan untuk menyertai aktiviti sihat begini bagi menyalurkan tenaga mudah ke tempat yang betul sekaligus mengelak dari terjebak dengan perkara tidak sihat.




Demi agama Islam, Demi bangsa Melayu, Demi negara Malaysia TERCINTA~!

Anak Muda Sendeng

Aki pernah berkata

" Yang boleh diharap dan aktif bersilat dalam sendeng ini di Pahang. Budak-budak muda, Biar kita kalah dari segi usia tapi setanding dari segi ilmu. Takkan nak tunggu sampai tua baru nak buka gelanggang dan mengajar? Aku pun tak macam tu. Cuma kita kena bimbing dia orang supaya tak jadi yang macam lepas-lepas."

Wednesday, August 6, 2014

Kisah Seorang Sahabat Silat.

(Kisah benar ini saya kongsikan serba ringkas. Untuk pedoman kawan2 terutamanya yang baru nak menjinak2an diri dengan persilatan. Identiti sebenar pelajar dalam cerita ini tidak didedahkan untuk mengelak sebarang masalah di belakang hari).

Beberapa tahun dulu, ada seorang pelajar datang ke gelanggang silat di sekolah. Berminat mahu belajar dan menguasai silat. Seperti biasa, kedatangan anak Melayu untuk mempelajari ilmu warisan bangsanya sendiri, sangat kami alu-alukan. Macam sireh pulang ke gagang.

Beliau sangat bersungguh-sungguh belajar dan berlatih. Namun minat beliau tidak mendapat galakan dari ibu bapa. Ibu beliau berpendapat bahawa bersilat hanya membuang masa dan mengganggu pelajaran. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau malah beliau berazam pula untuk belajar dengan lebih tekun supaya keputusan peperiksaannya setanding dengan pencapaiannya dalam persilatan. Akhirnya beliau terpilih untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka di pantai timur semenanjung Malaysia. Pembelajaran silat tertangguh seketika dan hanya diulang sekejap2 ketika cuti sekolah.

Beberapa tahun kemudian beliau pun tamat persekolahan dan pulang ke kampung halaman. Beliau kembali ke gelanggang, bahkan dengan lebih aktif lagi. Ketika itu kawan2 lain tertanya2, mengapa seolah2 tiada lagi halangan dari keluarga beliau. Bahkan semangatnya seperti orang yg mendapat sokongan penuh keluarga. Setelah ditanya, barulah dia bercerita:

"Sebenarnya kat kawasan rumah sy tu banyak kejadian pecah rumah. Barang2 orang dekat2 sini banyak yang hilang. Semua orang tahu siapa yang buat cuma tak boleh buat apa2. Sebab tak ada bukti kan.. Hanya rumah saya yg belum jadi mangsa. Sebab mak rajin cerita dekat keluarga 'suspek' tu yang sy belajar silat. Sengaja mak cerita mcm tu supaya orang tu tak kacau rumah kami. dan memang dia tak berani kacau rumah ni pun. Kalau sy jumpa dia tgh mencuri kat dalam kawasan rumah ni, SIAPLAH!"

MORAL: Sebenarnya silat begitu asing dengan masyarakat Melayu sendiri hari ini hingga manfaatnya tidak dapat terlintas di fikiran. Namun silat bukanlah perkara yang sia-sia. Suatu hari nanti kita akan faham, mengapa mesti orang Melayu bersilat. Semoga bermanfaat..

Saturday, August 2, 2014

Sendeng Full Contact Sparring (SFC)

Selesai sudah khatam asas dua. Kini tibalah masa untuk asas sparring full contact. Segala kelengkapan dan peralatan sedang diusahakan..

Blue

Black

Red
See you soon!

Friday, August 1, 2014

Adab menjemput orang bersilat

Perkara kecil tapi besar impaknya bila diabaikan ketika menjemput orang bersilat.

Bila kita persatuan-persatuan silat kecik-kecik ni dijemput oleh persatuan lain untuk bersilat. Rasa hormat dan terharu itu rasanya tak terhingga. Almaklumlah orang memanggil itu tujuannya ialah bersahabat. Bertukar-tukar angin dan berita. serta dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama islam dan pesilat.

Namun ...begitu ada perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjemput orang untuk bersilat. Kalau dipandang ringan. nampak itulah kali pertama dan terakhir yang kita sambut jemputan itu.

1. Surat jemputan rasmi. Pakai telepon dan sms walaupun canggih tapi tak boleh pakai. Kenapa? Dengan surat jemputan rasmi sajalah seorang itu boleh mendapatkan pelepasan cuti sekiranya ia bekerja dengan badan kerajaan atau swasta. Persatuan-persatuan silat ini kebanyakkannya bukan mempunyai kewangan yang kukuh. Jadi dengan surat ini juga boleh dicari penaja atau sponsor untuk bertandang ke sana dengan jumlah yang besar. Cakap pasar ialah surat nak buka mulut minta duit. Takda surat namanya ajak-ajak ayam. susah nak diambil kira.

2. Sijil penyertaan. kebanyakan pesilat yang hadir terdiri dari pelajar sekolah. Mereka perlukan sijil-sijil ini untuk pengiraan markah koko mereka. Sama juga dengan yang sudah bekerja. Terutamanya pekrja kerajaan yang mana pengiraan markah prestasi akhir tahun juga dikira.

3. Sijil penghargaan dari penganjur. kecil aje nampak tapi besar makna tu. Sebagai ucapan terimakasih atas kesudian pasukan jemputan itu hadir.

Kita rata-rata tidak meminta lebih dari perkara yang mampu disediakan oleh pihak penganjur. Tapi kalau ada imbuhan atau sagu hati,duit minyak,penginapan atau makan dan minum. kita terima dalam seribu kesyukuran tapi sama-sama menggalas. tak ada pun tak apa kalau ada alhamdulillah.

maksudnya ibarat bertukar-tukar juadah. kali ini kali saudara. lain kali giliran kitalah. bila kami menjemput, saudara terimalah jemputan kami dan kami sediakan sebagaimana tuan sediakan. yang penting atas nama persaudaraan antara persilatan.

Tetapi kalau yang kecil-kecil pun tidak mampu diurus atau pandang ringan, macam mana perkara lain pula?

admin

Sumbangan Ikhlas~

Sumbangan Ikhlas
 
Baru-baru ini seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menyumbangkan rekaan khat kufi ini sebagai tanda sokongan beliau kepada perjuangan kita mengangkat martabat seni pusaka warisan bangsa ini. Semoga Allah S.W.T merahmati beliau dan kita semua. Insya Allah..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...