Tokoh Lagenda Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Haji Jamaludin Shahdan dan gurunya Haji Hamid Hamzah

M

M

Tuan Haji Jamaluddin Bin Shahdan

Dalam Kenangan

Kursus Pemantapan Sendeng Haji Hamid

Kursus pemantapan sendeng ini diadakan di Kuala Dong, Raub.

Saturday, August 2, 2014

Sendeng Full Contact Sparring (SFC)

Selesai sudah khatam asas dua. Kini tibalah masa untuk asas sparring full contact. Segala kelengkapan dan peralatan sedang diusahakan..

Blue

Black

Red
See you soon!

Friday, August 1, 2014

Adab menjemput orang bersilat

Perkara kecil tapi besar impaknya bila diabaikan ketika menjemput orang bersilat.

Bila kita persatuan-persatuan silat kecik-kecik ni dijemput oleh persatuan lain untuk bersilat. Rasa hormat dan terharu itu rasanya tak terhingga. Almaklumlah orang memanggil itu tujuannya ialah bersahabat. Bertukar-tukar angin dan berita. serta dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama islam dan pesilat.

Namun ...begitu ada perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjemput orang untuk bersilat. Kalau dipandang ringan. nampak itulah kali pertama dan terakhir yang kita sambut jemputan itu.

1. Surat jemputan rasmi. Pakai telepon dan sms walaupun canggih tapi tak boleh pakai. Kenapa? Dengan surat jemputan rasmi sajalah seorang itu boleh mendapatkan pelepasan cuti sekiranya ia bekerja dengan badan kerajaan atau swasta. Persatuan-persatuan silat ini kebanyakkannya bukan mempunyai kewangan yang kukuh. Jadi dengan surat ini juga boleh dicari penaja atau sponsor untuk bertandang ke sana dengan jumlah yang besar. Cakap pasar ialah surat nak buka mulut minta duit. Takda surat namanya ajak-ajak ayam. susah nak diambil kira.

2. Sijil penyertaan. kebanyakan pesilat yang hadir terdiri dari pelajar sekolah. Mereka perlukan sijil-sijil ini untuk pengiraan markah koko mereka. Sama juga dengan yang sudah bekerja. Terutamanya pekrja kerajaan yang mana pengiraan markah prestasi akhir tahun juga dikira.

3. Sijil penghargaan dari penganjur. kecil aje nampak tapi besar makna tu. Sebagai ucapan terimakasih atas kesudian pasukan jemputan itu hadir.

Kita rata-rata tidak meminta lebih dari perkara yang mampu disediakan oleh pihak penganjur. Tapi kalau ada imbuhan atau sagu hati,duit minyak,penginapan atau makan dan minum. kita terima dalam seribu kesyukuran tapi sama-sama menggalas. tak ada pun tak apa kalau ada alhamdulillah.

maksudnya ibarat bertukar-tukar juadah. kali ini kali saudara. lain kali giliran kitalah. bila kami menjemput, saudara terimalah jemputan kami dan kami sediakan sebagaimana tuan sediakan. yang penting atas nama persaudaraan antara persilatan.

Tetapi kalau yang kecil-kecil pun tidak mampu diurus atau pandang ringan, macam mana perkara lain pula?

admin

Sumbangan Ikhlas~

Sumbangan Ikhlas
 
Baru-baru ini seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menyumbangkan rekaan khat kufi ini sebagai tanda sokongan beliau kepada perjuangan kita mengangkat martabat seni pusaka warisan bangsa ini. Semoga Allah S.W.T merahmati beliau dan kita semua. Insya Allah..~

Thursday, July 31, 2014

Nostalgia lama


Gambar dalam koleksi Pakcik Rahman bin Satam. Pasukan Sendeng Bentong Bersama-sama Allahyarham Haji Hamid di Pertandingan Silat peringkat Negeri Pahang pada awal 70 an di Pekan Pahang. Pakcik Man yang duduk di sebelah kanan memakai kemeja cerah berlengan panjang. 

Haji Hamid (duduk tengah), Aki Jamal (berdiri paling kanan)
Pertandingan Silat Peringkat Negeri Pahang, mengalahkan Gayong dengan beberapa mata sahaja, menjadi johan dalam tahun 70an beberapa kali,

Gendang Silat

Gendang kedah. Serunai dalam proses pembikinan. Eee tak sabo-tak sabo terbako-terbako. Lepas raya sampailah ke tangan kita. Terima kasih kepada saudara Arifin Raub dan saudara Shazmin kerana banyak membantu..


Gendang Ibu dan Gendang Anak

Gong & Pemukulnya

Gendang Ibu (kiri) Gendang Anak (kanan)

Gendang Silat

Minta tolong sahabat-sahabat di Melaka.


Hajat peribadi saya dan hajat ramai anak-anak sendeng Pahang

Saya ingin mencari waris Allahyarham Dol Ghani yang juga dikenali Wak Serang. Pangkat datuk saudara kepada Tuan Haji Jamaludin bin Shahadan. Kuntau Teluk Mas satu guru dengan Allahyarham Haji Hasan bin Mahat : Haji Hasan Pendekar. 

Sungai Melaka suatu masa dulu (Gambar Hiasan)
Kami selalu mendengar cerita pasal Wak Serang dari Aki. Seolah-olah macam kami kenal sangat dengan beliau.

Baru-baru ni kami bertandang ke rumah arwah Aki di Pengkalan Rama. dan saya bertanya Aki kalau kita pergi ke Telok Mas boleh kenal dan cam tak rumah Wak Serang beliau cakap berkemungkin besar tidak sebab banyak berubah. Lalu beliau bertanya

" Engkau sempat tak dengan dia?"
saya jawab " Tak sempat"
Lalu saya bertanya " Bila abah tahu dia dah tak ada?"

beliau bercakap tak tahu sedar-sedar dah tak ada semasa Aki sudah pun mengajar di Pahang.

Jesteru itu saya memohon bantuan kepada sesiapa yang mengenali waris Dol Ghani atau Wak Serang dari Telok Mas yang dulunya bekerja dengan syarikat perkapalan kalau tak silap ' Malacca atau Strait Steamship' atau warisnya sendiri hubungi saya melalui laman fb ini atau nombor saya 0139388879.

Di hari baik dan bulan yang muiia ini eloklah disambung tali kekeluargaan yang dah lama terputus. Segala bantuan tuan amat kami alu-alukan terimakasih.

Kena penumbuk Aki kaw-kaw


Kira-kira 6 tahun lepas, petang sebelum pulang ke rumah saya singgah sebentar di rumah Aki. kelihatan Aki duduk di atas sofa hijau sedang termenung. Budak-budak dari UK duduk di bilik tingkat atas. Sudah seminggu dia orang datang. panjang Aki termenung tak terkata apa-apa. Kehairanan saya pun bertanya:

" Kenapa Abah?"
Menarik nafas panjang, Aki pun becakap:
"Aku tak sepatutnya buat macam tu."
" Buat apa abah?" tanya saya lagi.
" Yelah si Kamal tu nak tengok penumbuk aku, jadi aku cakap berdiri depan. Takut aku, aku ingat dia dah mati, jatuh bedebab dekat seminit pengsan tak benafas. sisekor lagi panik terjerit-jerit. dekat seminit baru mata terkelip-kelip tangan bergerak tak tentu hala. nak bernafas tak boleh. muka hitam jadi kelabu"

lama Aki diam pastu dia cakap
" pergilah naik berborak dengan dia. tanya ke hal"

saya pun naiklah ke atas nampaklah si dua mamat ni sedang berehat. Si Kamal sedang berselimut dan masih ladi lemah. sebelah muka lebam, bibir rabik.

"Aik tak kan teruk kena dengan Aki." hati ku tertanya- tanya

" How are you brother?" saya menyapa " I'm sorry for what my father has done"
'It's okay, it's okay it's guru barakah" kata si kamal ni
" You look bad, brother, how many times did he punch you? saya tanya"
" once"
aik tak kan teruk?
Yang sorang ni pun menunjukkan rakaman video yang beliau rakam

memang sekali aje. Rupa-rupanya dia ni pengsan berdiri baru jatuh. jadi yang muka lebam, bibir pecah tu adalah akibat jatuh bedebab macam nangka busuk tak sempat di tangkap orang. kalau sempat pun mana boleh sebab badan dia besar.

kendian saya tanya kenapa dia tak elak, blok atau cuba tangkap. Dia balas macam mana nak tangkap kalau penumbuk pun tak nampak!!.

Dalam hati saya padan muka engkau, nak sangat. cari penyakit ha ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...